VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 02/03/2013

466 warga emas terima Bantuan Karisma RM139,800

ZULKIFLE Ali (tengah) menyampaikan Bantuan Karisma kepada 466 warga emas di Pusat Khidmat Masyarakat dan Cabang Wakaf Bunut, Selising, Pasir Puteh, semalam.

PASIR PUTEH 1 Mac - Seramai 466 orang warga emas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising menerima bantuan menerusi Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Bantuan Karisma) berjumlah RM139,800 di sini hari ini.

Mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang dikenal pasti layak itu merupakan penduduk dari 30 buah kampung yang terletak dalam DUN Selising di sini.

Bantuan Karisma kali ini disampaikan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan di Pusat Khidmat Masyarakat dan Cabang Wakaf Bunut di Selising.

Semua warga emas terlibat masing-masing mendapat RM300 yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Puteh, Zulkifle Ali.

Zulkifle memberitahu, mulai bulan ini setiap warga emas terlibat akan diberi bantuan RM300 sebulan bagi tujuan saraan hidup supaya kumpulan sasar tinggal lebih selesa bersama masyarakat setempat.

"Penerima diberi bantuan setelah JKM mendapati mereka tiada pendapatan untuk sara hidup dan jika masih mempunyai keluarga pun, keluarganya juga tidak mampu menyara warga emas terlibat," ujarnya di akhir majlis itu.

Zulkifle memberitahu lagi, Bantuan Karisma yang diagihkan oleh JKM itu adalah sebahagian daripada RM1.2 juta yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elauan pekerja cacat (orang kurang upaya) dan bantuan pesakit kronik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.