VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 26/02/2013

Rawatan batu karang tanpa pembedahan di KPJ Perdana

KOTA BHARU 25 Feb. - Masalah batu karang yang boleh berlaku kepada seorang daripada 10 orang menemui jalan penyelesaian apabila Hospital Pakar Perdana KPJ (KPJ Perdana) menyediakan perkhidmatan rawatan Extra Corporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL).

Rawatan yang dikenali sebagai terapi pemecah batu karang ginjal ini bertindak memecahkan batu karang bersaiz kurang daripada dua sentimeter tanpa perlu menjalani pembedahan dengan hanya menggunakan mesin Sonaliti I-Move.

Mesin yang berharga sebanyak RM1.1 juta ini antara lain menggunakan 100 peratus teknologi terkini yang mana teknologi konduktif yang dipatenkan digunakan dengan sistem pengecaman batu karang secara automatik serta pengawalan secara skrin sesentuh.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd., Amiruddin Abdul Satar berkata, setakat ini, KPJ Perdana adalah satu-satunya hospital swasta yang menyediakan rawatan ESWL selain Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang turut menggunakan teknologi sama.

Menurutnya, selain menjimatkan masa, penggunaan mesin itu juga membolehkan pesakit batu karang mendapatkan rawatan memandangkan harga yang ditawarkan cukup berpatutan.

"Perkhidmatan baharu yang disediakan KPJ Perdana ini bertujuan untuk membantu pesakit batu karang dan batu dalam buah pinggang. Setakat ini sebanyak 10 pesakit di hospital ini telah menerima rawatan menggunakan Sonaliti I-Move yang mula digunakan sebulan lalu.

"Rawatan ini tidak mengambil masa yang lama iaitu untuk satu rawatan hanya kira-kira 30 minit sehingga 45 minit berdasarkan kekerasan batu karang, manakala pakej untuk rawatan ini adalah RM3,500 termasuk ubat-ubatan serta suntikan," jelasnya.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran perkhidmatan Extra Corporeal Shock Wave Lithotripsy (ESWL) di KPJ Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Amiruddin menjelaskan perkhidmatan dengan sistem tanpa pembedahan ini bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan rawatan, malah akan meningkatkan lagi perkhidmatan kesihatan untuk penduduk Kelantan khususnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.