VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 03/02/2013

Mohon bantuan MAIK secara online

KOTA BHARU 2 Feb. - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyediakan perkhidmatan atas talian bagi permohonan bantuan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada pelajar di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata, perkhidmatan tersebut bagi memberikan kemudahan kepada para pelajar untuk mengemukakan permohonan bantuan berkenaan tanpa perlu beratur di kaunter bagi mendapatkan borang.

Menurutnya, perkhidmatan itu juga secara tidak langsung memudahkan kakitangan MAIK untuk mengemaskinikan permohonan.

"Sistem ini mula beroperasi hari ini (semalam) dan pelajar asnaf yang layak menyambung pelajaran ke IPT awam atau swasta boleh membuat permohonan sebelum tarikh pendaftaran atau selewat-lewatnya dua bulan selepas tarikh pendaftaran ke IPT.

"Permohonan ini boleh dibuat menerusi laman sesawang MAIK iaitu www.e-maik.my dan klik di Permohonan Bantuan IPT," katanya di sini semalam.

Tambah beliau, selepas selesai mengisi borang permohonan dan bersetuju dengan semua maklumat yang diberikan, pemohon mestilah mencetak borang lengkap, kemudian mendapatkan pengesahan daripada imam atau penggawa atau ketua jajahan masing-masing.

Kamaruddin memberitahu, borang yang lengkap tersebut perlu dihantar ke Pejabat MAIK dengan menyertakan salinan penyata akaun Bank Islam atau Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Pihak MAIK mungkin akan menambah beberapa akaun bank lain bergantung kepada permintaan. Cuma pada permulaan ini hanya Bank Islam dan BSN akan digunakan terlebih dahulu.

"Kemudahan dalam talian ini boleh dibuat dalam masa 24 jam di mana-mana sahaja pelajar itu berada," ujarnya.

Jelas Kamaruddin, tahun ini MAIK menganggarkan 12,000 pemohon akan mengisi permohonan bantuan secara dalam talian pada tahun ini memandangkan tahun lepas, seramai 10,000 pemohon layak menerima bantuan.

Dalam perkembangan lain, Kamaruddin berkata, sepanjang tahun lalu MAIK mengumpulkan zakat lebih RM113 juta, manakala bagi tahun ini, sehingga 30 Januari, sebanyak lebih RM5 juta berjaya dikutip.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.