VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 05/12/2012

Pusat Islam UMK siap September 2013

JELI 4 Dis. - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli bakal memiliki satu lagi mercu tanda yang amat penting dalam sejarah kampus itu apabila Pusat Islam yang bernilai RM1 juta bakal siap dibina pada September tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, projek tersebut terlaksana hasil peruntukan RM1 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan beliau ke UMK Kampus Jeli pada 2 Mac lalu.

"UMK Kampus Jeli kini mempunyai 1,500 pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar beragama Islam dan jumlah itu dijangka meningkat pada setiap tahun. Ketiadaan kemudahan Pusat Islam akan menimbulkan kesulitan kepada pelajar-pelajar tersebut.

"Mereka kini terpaksa ke masjid-masjid yang terletak jauh dari kampus untuk menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu. Ruang solat yang kecil juga menyebabkan masjid yang sedia ada tidak dapat menampung jemaah yang begitu ramai pada satu masa," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pusat Islam UMK Kampus Jeli dan melancarkan Tabung Kutipan Derma Gaza kampus universiti itu di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Timbalan Naib Canselornya (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif dan Pengarah UMK Kampus Jeli, Prof. Dr. Ibrahim Che Omar.

Mustapa memberitahu, pihak pengurusan UMK telah memaklumkan mereka akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mendapat kebenaran mendirikan solat Jumaat di Pusat Islam UMK Kampus Jeli.

"Pusat Islam UMK Kampus Jeli dapat memuatkan sebanyak 1,200 jemaah. Saya berharap MAIK dapat meluluskan permohonan tersebut memandangkan masjid-masjid yang sedia ada di Jeli tidak dapat lagi menampung pertambahan jumlah jemaah pada masa akan datang.

"Saya percaya Pusat Islam UMK Kampus Jeli juga dapat memberikan kemudahan beribadah kepada pelajar-pelajar institusi pendidikan lain yang terletak berhampiran seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jeli dan Politeknik Jeli apabila siap dibina kelak," katanya.

Mustapa menambah, beliau selaku Menteri Mentor UMK akan berusaha memastikan infrastruktur-infrastruktur universiti itu seperti perpustakaan dan tempat sukan serta riadah ditambah dan dinaik taraf untuk memberikan kemudahan serta keselesaan kepada warga UMK.

"Kewujudan kemudahan-kemudahan yang baik seperti tempat bersukan dan riadah bukan sahaja dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar, malah boleh menyatukan dan mengeratkan hubungan warga UMK yang terdiri daripada pelbagai kaum," katanya.

Menurutnya, warga UMK juga tidak harus mengehadkan fungsi dan peranan mereka di dalam kawasan kampus sahaja, sebaliknya perlu sentiasa mendekati masyarakat bagi membolehkan penduduk setempat merasai kehadiran dan kewujudan UMK secara meluas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.