ARKIB : 13/10/2012
haiwan ganjil tarikan baharu terengganu
KUALA TERENGGANU 12 Okt. - Jangan terkejut sekiranya anda akan terserempak dengan makhluk ganjil berupa helang gergasi semasa mengunjungi dan bersantai di kawasan sekitar Tasik Kenyir.
Malah haiwan itu dikatakan berupaya mencengkam seekor ayam belanda seberat 17 kilogram dengan hanya menggunakan kakinya di kawasan tasik berkenaan.
Selain itu, anda juga mungkin berpeluang bersua dengan dua lagi haiwan ganjil di negeri ini iaitu seekor ular tedung sepanjang kira-kira 11 meter dan seekor ikan tapah yang berat serta saiznya menyamai sebuah kereta Perodua Kancil.
Ular tedung dan ikan tapah itu dikesan berlegar di kawasan semak dan sungai berdekatan dengan Zoo Kemaman.
Penemuan ketiga-tiga makhluk ganjil itu disahkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berdasarkan pengalaman beberapa saksi dan pengunjung yang berkesempatan melihatnya sebelum ini.
''Burung helang yang besar dan menggerunkan itu juga diberi jolokan sebagai langsuir dalam kalangan penduduk setempat,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurutnya, kewujudan ketiga-tiga haiwan tersebut di negeri ini boleh menjadi tarikan baharu kepada pelancong yang datang ke Terengganu.
Risiko hidap penyakit berjangkit
Kerajaan negeri digesa terus aktiviti kebudayaan
Kelantan akan bina 90 unit kedai
Melayu Kelantan kurang risiko hidap gastrik
Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun
Pertukaran 10 pegawai tadbir
12 pelajar UMK bakal ke Jepun
Pesara dihargai dengan anugerah Tokoh Guru
Maik tekad bantu miskin tegar
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









