VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 31/08/2012

RM10j taja anak Terengganu

PARA pelajar gembira menunjukkan wang bantuan yang diterima pada Majlis Penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu ke Institusi Pengajian Tinggi Peringkat Ijazah sesi 2012/2013 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 30 Ogos - Kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan hampir RM10 juta bagi menanggung pengajian 30 pelajar anak negeri ini di Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kesemua pelajar itu terdiri daripada 20 orang yang akan menuntut dalam jurusan perubatan di universiti berkenaan manakala 10 pelajar lagi dalam bidang pergigian.

Beliau memberitahu, setiap pelajar pengajian perubatan akan mendapat tajaan YT berjumlah RM340,000 manakala jurusan pergigian pula ditaja sebanyak RM300,000 seorang.

"Kesemua pelajar ini akan menuntut selama lima tahun di universiti berkenaan mulai tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YT dengan JUST di sini, hari ini.

Pada majlis itu, YT diwakili Pengarahnya, Zakaria Yusoff dan Timbalannya, Razali Mahmud manakala JUST oleh Presidennya, Prof. Dr. Abdallah I Husein Malkawi dan Dekan Fakulti Perubatan JUST, Prof. Dr. Tewfik Daradkeh.

Selain Menteri Besar, MoU itu turut disaksikan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah serta beberapa Exco kerajaan negeri.

Majlis itu juga diadakan serentak dengan majlis Penyampaian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) peringkat ijazah sesi 2012/2013.

Seramai 3,406 pelajar Terengganu yang berjaya melanjutkan pengajian peringkat ijazah di IPT sesi 2012/2013 menerima bantuan persediaan berjumlah RM1,000 seorang yang kesemuanya membabitkan peruntukan RM3.4 juta.

Para pelajar lelaki menerima wang tajaan YT itu daripada Ahmad manakala bantuan persediaan bagi para pelajar perempuan disampaikan oleh isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Menurut Ahmad, beliau berharap jumlah penghantaran pelajar ke universiti tersebut akan meningkat dari tahun ke tahun selain penghantaran pelajar sedia ada dalam bidang perubatan di beberapa universiti lain di luar negara.

"Ini merupakan MoU yang keempat diadakan untuk menghantar anak negeri ini melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan ke luar negara termasuk di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) dan di Universiti Charles di Republik Czech," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.