VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 29/08/2012

Tukang kimpal rayu bantuan

ANUAR Nawi (tengah) menunjukkan kesan pembedahan isterinya, Siti Rawiah Ali di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 28 Ogos - Seorang suami di Kampung Pulau Melaka dekat sini, Anuar Nawi, 43, bukan sahaja terpaksa mengerah kudrat mencari rezeki, tetapi juga perlu menguruskan isteri lumpuh dan tujuh orang anaknya yang masih bersekolah.

Isteri Anuar, Siti Rawiah Ali, 47, lumpuh sejak lebih tiga tahun lalu selepas menjalani pembedahan membuang tumor pada tulang belakangnya.

Lebih menyedihkan, Anuar sekeluarga yang dihimpit kemiskinan, kemungkinan terpaksa keluar daripada rumahnya yang dibina atas tanah milik arwah datuknya kerana telah dijual kepada seorang individu.

Anuar yang bekerja sebagai tukang kimpal dan mempunyai tujuh orang anak berusia lima hingga 18 tahun itu tidak mampu menyara keluarga sepenuhnya kerana pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.

Menurutnya, walaupun mereka mendapat bantuan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia tidak mencukupi kerana keluarganya agak besar.

"Pendapatan saya sebagai tukang kimpal juga tidak seberapa kerana tidak ramai pelanggan dan kerja-kerja yang saya lakukan agak lambat disebabkan terpaksa menguruskan anak- anak ke sekolah dan isteri.

"Saya berharap ada pihak yang sudi tampil untuk membantu merawat isteri supaya dia pulih seperti sediakala dan saya dapat menumpukan pada kerja untuk menyara keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, Siti Rawiah berkata, dia kini bergantung sepenuhnya kepada suami untuk menguruskan kehidupannya serta anak-anak kerana tidak mampu untuk bergerak.

Menurutnya, ketumbuhan pada tulang belakang dikesan kira-kira lima tahun lalu dan pakar perubatan terpaksa melakukan pembedahanbagi menyelamatkan nyawanya.

"Sebelum ini doktor ada memberitahu, jika pembedahan membuang tumor tersebut dilakukan, saya berdepan risiko lumpuh dan atas persetujuan suami, pembedahan dilakukan dan saya lumpuh.

"Sudah lebih tiga tahun saya terlantar begini dan tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja termasuk menguruskan rumah tangga dan hanya berharap pada suami untuk melakukannya," ujarnya sayu.

Tambahnya, dia juga tidak mendapat rawatan susulan sejak lebih dua tahun lalu kerana mengalami masalah untuk berulang-alik ke hospital ekoran ketiadaan kenderaan untuk membawanya dan kini hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang diambil di hospital.

Dalam pada itu, kehidupan keluarga Anuar sedikit terubat apabila mendapat perhatian daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor, Che Rosli Hassan yang melawat keluarga berkenaan.

Che Rosli ketika ditemui berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan bantuan sewajarnya seperti kerusi roda bagi memudahkan Siti Rawiah bergerak.

Orang ramai yang prihatin dan sedia membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan kepada Siti Rawiah ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 03201-29-00017565-3.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.