ARKIB : 29/08/2012
Rekaan pelajar Kolej Komuniti Jeli ke pentas peragaan
TANAH MERAH 28 Ogos - Kolej Komuniti Jeli di Bukit Bunga di sini mahu membawa hasil rekaan fesyen pelajar-pelajarnya ke pentas peragaan fesyen terbuka bersama pereka-pereka terkemuka tanah air dalam tempoh dua tahun akan datang.
Ketua Program Fesyen dan Pakaian kolej itu, Shahnaz Safi'ai berkata, sasaran itu mampu direalisasikan setelah Kolej Komuniti Jeli menjadi semakin mantap dan berkembang pada masa itu, antaranya di segi suasana pengajaran serta pembelajaran yang lebih selesa.
"Pelajar-pelajar kolej komuniti sebenarnya mempunyai bakat dan daya kreativiti yang tinggi dalam bidang rekaan fesyen, malah kemampuan mereka juga setara dengan pelajar di institusi pengajian yang lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurutnya, pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Jeli pernah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Busana Kontemporari Kolej Komuniti 2011 yang diadili oleh juri-juri profesional dan terkenal seperti Salikin Sidek dan Adnan Hassan.
"Sebanyak 11 koleksi pakaian rekaan pelajar kami telah diperagakan pada Majlis Makan Malam Dirgahayu Tuanku anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti sempena Hari Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-69 pada Mei lalu.
"Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid juga gembira melihat koleksi pakaian rekaan pelajar kami pada majlis yang turut dijayakan oleh Persatuan Suri Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) negeri Perlis tersebut," katanya.
Shahnaz berkata, setakat ini, pihaknya gembira melihat usaha gigih dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar dalam meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam bidang rekaan fesyen.
"Pelajar-pelajar sering memohon kepada kami supaya bengkel jahitan di sini juga dibuka untuk kegunaan mereka pada waktu malam. Mereka mahu meningkatkan kemahiran jahitan pakaian dan rekaan fesyen dengan memperbanyakkan lagi latihan," katanya.
Tambahnya, pelajar-pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Jeli sering dilibatkan dalam aktiviti luar seperti lawatan ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan industri berkaitan agar mereka memperoleh pengalaman dan pengetahuan di luar kuliah.
"Objektif sebenar Kolej Komuniti Jeli adalah untuk melatih pelajar menjadi usahawan setelah menamatkan pengajian. Mereka berpeluang menjana pendapatan lumayan menerusi kemahiran seperti jahitan pakaian dan rekaan fesyen," jelasnya.
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Polis buru bekas banduan cederakan warga emas
Tiga bersaudara lembam harapkan pembelaan masyarakat
Pemilik kedai runcit rugi RM100,000 dalam kebakaran
Sekadar ulang janji lama
Masalah air bersih terus belenggu penduduk Kelantan
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang
ADUN cuba pendekatan baru
Tubuh koperasi bantu nelayan sungai
LKTN pergiatkan kempen tingkat pengusaha kenaf
SMK Seri Budiman perintis program cari bakat sukan berbasikal
Kakitangan HUSM cipta Lolimex
Pengayuh beca mahukan pembelaan kerajaan Pas
Penjara Pengkalan Chepa sasar jualan produk RM1.5 juta
Cadangan bina menara tinjau pantai
UniSZA raih 10 pingat ITEX 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









