ARKIB : 29/08/2012
Kakitangan UiTM Cawangan Kelantan cipta mesin angkut sampah
MACHANG 28 Ogos - Sekumpulan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan di sini berjaya mencipta mesin angkut ringan untuk memudahkan tugas mengangkut dan menurunkan sampah di salah sebuah kolej kediaman universiti itu.
Penolong Jurutera Kanan (Mekanikal), Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasilitinya, Suhaihisam Mohd. Saufi berkata, mesin angkut ringan yang boleh menampung berat sehingga 400 kilogram itu kini digunakan di Kolej Kediaman Dato' Onn 3.
"Kolej kediaman yang dihuni hampir 1,000 siswi itu mempunyai empat aras dan tiada kemudahan lif. Kaedah menurunkan sampah secara manual yang diamalkan sebelum ini didapati mengambil masa yang lama dan membebankan para pekerja pembersihan.
"Kami kasihan melihat keadaan pekerja pembersihan terutama kaum wanita yang terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk mengangkat, mengumpul dan menurunkan sampah di kolej kediaman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Suhaihisam memberitahu, kaedah manual itu boleh mengakibatkan pekerja pembersihan mengalami sakit sendi atau tulang dan situasi tersebut secara tidak langsung akan menjejaskan produktiviti mereka.
"Justeru, kakitangan di Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti mengambil inisiatif mencipta mesin angkut ringan yang pertama seumpamanya di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia bagi meringankan beban pekerja pembersihan terutama kaum wanita," katanya.
Beliau berkata, usaha untuk mencipta mesin angkut ringan tersebut telah dimulakan pada awal tahun ini melibatkan 10 kakitangan UiTM Cawangan Kelantan yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal, awam dan melukis pelan.
"Kami mengambil masa enam bulan untuk membina dan membangunkan mesin angkut ringan tersebut. Antara alat yang digunakan untuk membolehkan mesin tersebut berfungsi sepenuhnya ialah tali kawat baja, kabel, motor dan raga yang diperbuat daripada besi.
"Mesin angkut ringan tersebut telah digunakan pada Julai lalu setelah uji kaji dilakukan terhadap tahap keselamatannya," katanya.
Menurutnya, pada setiap pagi, seorang pekerja akan mengawal pergerakan mesin angkut ringan yang berfungsi menggunakan motor tersebut supaya petugas pembersihan yang menunggu di setiap aras dapat memasukkan sampah yang mereka kumpul ke dalam raga besi.
"Semua sampah kemudian dikumpulkan di aras bawah kolej kediaman dan kontraktor pembersihan akan memungutnya untuk dibuang atau dilupuskan. Mesin tersebut membantu menjimatkan guna tenaga, masa dan kos pengurusan sampah di kampus ini," katanya.
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Rumah peninggalan pedagang dibuka 2016
OKU disaran kuasai ilmu pengetahuan baiki kehidupan
Terima kasih TNB!
Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering
RM800,000 bantu rakyat miskin
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









