ARKIB : 28/08/2012
3,000 perantau hadir majlis Aidilftri bersama Menteri Besar
KUALA TERENGGANU 27 Ogos - Lebih 3,000 perantau membanjiri ruang Hotel Permai dekat sini bagi memeriahkan Majlis Aidilftri Bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, baru-baru ini.
Majlis rumah terbuka yang diadakan setiap sejak lapan tahun lalu itu merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Komunikasi Negeri (UKOM).
Menurut urus setianya, Harun Hassan memberitahu, majlis berkenaan merupakan program tahunan bagi memberi kesempatan kepada perantau beramah mesra dengan barisan kepimpinan negeri.
Selain itu katanya, ia bertujuan memberi peluang kepada perantau mengeratkan kembali hubungan silaturahim antara sahabat-sahabat lama.
"Rata-rata mereka telah berhijrah ke seluruh negeri, jadi, majlis seperti ini merupakan peluang untuk bertemu semula dengan rakan-rakan lama selain berjumpa dengan Menteri Besar," katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, kira-kira 600 pelajar yang berada di luar negara termasuk Indonesia, Rusia, Mesir dan United Kingdom turut hadir memeriahkan acara yang bermula pukul 9.30 pagi hingga 1.30 petang itu.
Bagaimanapun Harun menambah, kemeriahan majlis itu dapat dirasai sejak pukul 8.00 pagi lagi apabila sebahagian tetamu telah berkumpul dengan lebih awal.
Tambahnya, bagi memeriahkan majlis berkenaan, urusetia turut mengadakan cabutan bertuah kepada tetamu dengan menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk televisyen dan telefon bimbit.
"Tetamu-tetamu turut disajikan dengan persembahan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri selain pelbagai juadah menarik termasuk nasi dagang, ketupat, lemang, laksa, beraneka kuih-muih, rojak buah dan banyak lagi," katanya.
Pertukaran 10 pegawai tadbir
12 pelajar UMK bakal ke Jepun
Pesara dihargai dengan anugerah Tokoh Guru
Maik tekad bantu miskin tegar
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Rumah peninggalan pedagang dibuka 2016
OKU disaran kuasai ilmu pengetahuan baiki kehidupan
Terima kasih TNB!
Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering
RM800,000 bantu rakyat miskin
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









