ARKIB : 28/08/2012
Penduduk bimbang banjir besar
TUMPAT 27 Ogos - Penduduk Kampung Laut di sini bimbang akan menghadapi bencana banjir yang lebih besar sekiranya rancangan untuk membangunkan pulau-pulau kecil di antara Kampung Cina dan Kampung Kijang di Sungai Kelantan diteruskan.
Pulau-pulau yang berada dalam jajahan Tumpat itu menjadi tempat untuk penduduk kampung bercucuk tanam sejak sekian lama.
Seorang penduduk, Che Bakar Che Deraman, 62, mendakwa pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri membayar pampasan kepada pemilik tanah di pulau berkenaan sebelum dijual kepada pihak ketiga untuk membangunkannya.
"Kami tidak menolak pembangunan, tetapi apa yang membimbangkan sekiranya pembangunan dilakukan di kawasan tersebut, air Sungai Kelantan akan berubah haluan.
"Jika kawasan tersebut lebih tinggi, sudah tentu air yang sepatutnya keluar ke muara akan menghala ke kampung kami yang kedudukannya lebih rendah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Che Bakar berkata, sekiranya keadaan itu berlaku, penduduk khuatir bencana yang lebih teruk berlaku di kampung mereka biarpun pada setiap tahun kawasan itu dinaiki air.
"Banjir yang biasa pun kami sudah takut dan risau, inikan pula kemungkinan ia menjadi lebih teruk daripada biasa. Kami memohon kepada kerajaan negeri supaya prihatin dengan masalah penduduk dan melihat segala kemungkinan sekiranya pembangunan diteruskan," katanya.
Sementara itu, Wan Mohammad Wan Hasan, 30, berkata, bapanya adalah antara salah seorang pemilik tanah di pulau tersebut.
"Sebelum ini bapa saya mengusahakan tanah tersebut dengan menanam tembikai, tetapi pada 2004 bapa saya diberi pampasan sebanyak RM35,000 bagi tanah seluas lebih satu ekar.
"Saya berharap pihak berkuasa mengkaji semula pembangunan di kawasan ini supaya ia tidak merosakkan alam sekitar," katanya.
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Polis buru bekas banduan cederakan warga emas
Tiga bersaudara lembam harapkan pembelaan masyarakat
Pemilik kedai runcit rugi RM100,000 dalam kebakaran
Sekadar ulang janji lama
Masalah air bersih terus belenggu penduduk Kelantan
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang
ADUN cuba pendekatan baru
Tubuh koperasi bantu nelayan sungai
LKTN pergiatkan kempen tingkat pengusaha kenaf
SMK Seri Budiman perintis program cari bakat sukan berbasikal
Kakitangan HUSM cipta Lolimex
Pengayuh beca mahukan pembelaan kerajaan Pas
Penjara Pengkalan Chepa sasar jualan produk RM1.5 juta
Cadangan bina menara tinjau pantai
UniSZA raih 10 pingat ITEX 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









