ARKIB : 27/08/2012
Lahirkan jaguh sukan negara
KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Kerajaan negeri bercadang menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sebagai pusat melahirkan jaguh sukan negara dalam acara angkat berat, lawan pedang dan kayak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, buat masa ini, DUN berkenaan telah dianggap sebagai pusat sukan angkat berat di negeri ini.
Beliau yang juga ADUN Seberang Takir berkata, ini berdasarkan pencapaian jaguh angkat berat kelahiran kawasan itu, Abdul Mubin Rahim yang meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Kuantan tempoh hari.
"Malah Abdul Mubin turut diumumkan sebagai olahragawan Sukma ke-15 di Pahang bulan lalu," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri DUN Seberang Takir di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Pada majlis itu, seramai 13 atlet dari DUN berkenaan yang berjaya meraih pingat pada Sukma di Kuantan dan seorang atlet yang mewakili negara ke Sukan Olimpik di London turut diraikan.
Selain itu, Ahmad Razif memberitahu, beliau juga Pengerusi Persatuan Lawan Pedang Terengganu memberi jaminan untuk mempopularkan sukan lawan pedang di peringkat DUN Seberang Takir.
Beliau menjelaskan, bagi tujuan itu, persiapan sedang dilakukan dengan menempatkan aktiviti sukan berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri.
"Kita berusaha meningkatkan acara lawan pedang, begitu juga sukan berkayak, aktiviti ini akan berpusat di Sekolah Menengah Kompleks Seberang Takir," ujarnya.
Risiko hidap penyakit berjangkit
Kerajaan negeri digesa terus aktiviti kebudayaan
Kelantan akan bina 90 unit kedai
Melayu Kelantan kurang risiko hidap gastrik
Majlis angkat sumpah ADUN 16 Jun
Pertukaran 10 pegawai tadbir
12 pelajar UMK bakal ke Jepun
Pesara dihargai dengan anugerah Tokoh Guru
Maik tekad bantu miskin tegar
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









