ARKIB : 24/08/2012
Penduduk bantah sedut pasir
KOTA BHARU 23 Ogos - Sekumpulan penduduk Kampung Che Deris dekat sini, hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah tindakan menyedut pasir di Sungai Raja Gali sehingga menyebabkan hakisan, sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka.
Penduduk terbabit mendakwa aktiviti menyedut pasir itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan menyebabkan ekosistem di kawasan berkenaan rosak teruk.
Seorang penduduk, Mohamad Hussin (gambar), 60, yang bekerja sebagai nelayan mendakwa, sejak aktiviti tersebut dilakukan, mata pencariannya terjejas teruk disebabkan sungai itu menjadi bertambah dalam.
“Saya tidak lagi turun ke sungai untuk menangkap udang dan ketam. Semua haiwan ini tidak ada lagi. Pendapatan saya sekeluarga terjejas teruk.
“Sehubungan itu, kami warga nelayan di sini mendesak aktiviti menyedut pasir ini dihentikan secepat mungkin bagi mengelakkan sungai dan ekosistem di sini terjejas lebih teruk," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pagi ini, kumpulan penduduk itu berhimpun di kawasan terbabit bagi membantah aktiviti menyedut pasir di kawasan berkenaan.
Mereka turut mengumpul tandatangan lebih 200 penduduk untuk menghantar surat kepada kerajaan Pas Kelantan bagi membantah tindakan tersebut.
Pasir yang disedut itu digunakan untuk menimbun kawasan paya yang dimiliki oleh individu untuk dibangunkan.
Sementara itu, Faridah Abdul Rahman, 43, berkata, sebelum ini, penduduk di kawasan berkenaan telah menghantar surat kepada pihak berkuasa sebanyak tiga kali tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.
“Kami bimbang sekiranya keadaan ini terus dibiarkan ia akan mengancam keselamatan, rumah-rumah di tebing sungai berhadapan dengan ancaman hakisan yang amat serius.
“Kami menggesa tindakan segera diambil bagi mengelak sebarang kejadian buruk," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan TRMJC Enterprise, Ahmad Tarmizi Ahmad Lotpi berkata, aktiviti menyedut pasir di kawasan berkenaan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Malah, kata beliau, syarikatnya akan terus menyedut pasir di kawasan berkenaan selagi tidak ada arahan daripada pihak berkuasa seperti Pejabat Tanah dan Jajahan, Jabatan Parit dan Saliran (JPS) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya menghentikan kerja-kerja tersebut.
“Dua tahun lepas perkara sama telah dilaporkan sebuah akhbar, ekoran daripada itu, siasatan telah dilakukan pihak berkuasa dan mendapati dakwaan penduduk kampung itu tidak benar, saya mempunyai surat daripada JPS untuk mengesahkannya.
“Permit menyedut pasir wajib diperbaharui pada setiap bulan. Setiap kali permohonan permit dibuat, pihak berkuasa akan membuat siasatan terlebih dahulu dan setakat ini, permohonan kami tidak pernah ditolak kerana kami mempunyai rekod yang baik," katanya.
Beliau mendakwa, bantahan itu didalangi individu tertentu yang tidak berpuas hati selepas syarikat tersebut menolak menimbun pasir di tanah miliknya.
Pertukaran 10 pegawai tadbir
12 pelajar UMK bakal ke Jepun
Pesara dihargai dengan anugerah Tokoh Guru
Maik tekad bantu miskin tegar
Perhebatkan daya saing graduan
Program Prince bantu kanak-kanak istimewa
Rombakan pegawai tadbir Terengganu dinantikan
Pusat GiatMara Kelantan latih lebih 5,000 peserta latihan kemahiran
Tiada portfolio baharu - MB
12 usahawan jana pendapatan RM2j setahun
Pertandingan Kemahiran Showme
Koperasi guru Melayu punyai aset lebih RM9j
Promosi usahawan pasar tani FAMA
Pekan Jabi jadi hab sate
Rumah peninggalan pedagang dibuka 2016
OKU disaran kuasai ilmu pengetahuan baiki kehidupan
Terima kasih TNB!
Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering
RM800,000 bantu rakyat miskin
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









