ARKIB : 18/08/2012
70 pengayuh beca terima duit raya
KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Sambutan Aidilfitri bagi 70 pengayuh beca di sekitar daerah ini tentunya lebih menggembirakan apabila menerima sumbangan duit raya sebanyak RM300 setiap orang semalam.
Sumbangan yang menjadi acara tahunan kerajaan negeri keseluruhan berjumlah RM21,000 itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam satu majlis yang berlangsung di Dataran Shahbandar dekat sini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Azmi Razik.
Salah seorang penerima, Azlias Kadir, 53, berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana dengan pemberian duit raya tersebut, dia dapat membuat persiapan menyambut perayaan itu.
"Biasanya bulan puasa kurang pelanggan dan kita hanya dapat sekitar RM20 sehari, jadi dengan pemberian duit raya yang disumbangkan oleh Menteri Besar, amat membantu kami," ujarnya yang telah mengayuh beca sejak 24 tahun lalu.
Bagi Abdullah Mamat, 56, dari Kampung Tanjung Paya dekat sini, setiap tahun dia pasti menunggu majlis tersebut bukan hanya untuk menerima sumbangan tetapi dapat berjumpa dengan pemimpin negeri itu secara dekat.
Pemberian duit raya katanya, amat bermakna bagi mereka kerana rata-rata pengayuh beca adalah warga emas selain kudrat semakin terbatas.
Sementara itu, Azmi berkata, YPU sentiasa memberi tumpuan terhadap keperluan golongan pengayuh beca di Terengganu sama ada daripada segi bantuan wang ringgit atau keperluan peralatan kenderaan beroda tiga tersebut.
"Kalau boleh kita mahu galakkan orang muda mengayuh beca kerana kudrat mereka lebih kuat tetapi setakat ini tiada sambutan,'' katanya.
Rumah peninggalan pedagang dibuka 2016
OKU disaran kuasai ilmu pengetahuan baiki kehidupan
Terima kasih TNB!
Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering
RM800,000 bantu rakyat miskin
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Polis buru bekas banduan cederakan warga emas
Tiga bersaudara lembam harapkan pembelaan masyarakat
Pemilik kedai runcit rugi RM100,000 dalam kebakaran
Sekadar ulang janji lama
Masalah air bersih terus belenggu penduduk Kelantan
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang
ADUN cuba pendekatan baru
Tubuh koperasi bantu nelayan sungai
LKTN pergiatkan kempen tingkat pengusaha kenaf
SMK Seri Budiman perintis program cari bakat sukan berbasikal
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









