ARKIB : 18/08/2012
750 pesakit HSNZ terima hamper raya
KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Kesakitan yang ditanggung oleh 750 pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini terubat apabila menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa pemimpin negeri pagi semalam.
Ahmad turut diiringi isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud yang sempat meluangkan masa kira-kira dua jam melawat sambil beramah mesra serta dan menyampaikan sumbangan hamper kepada setiap pesakit.
Turut hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh dan Ketua Puteri UMNO Perhubungan Terengganu, Nordiana Shafie.
Sementara itu, seorang pesakit, Mohd. Shahir Mohd Sufian, 20, dari Kampung Telaga Mengkudu sangat teruja menerima kunjungan pemimpin negeri itu tambahan pula di saat dia terlantar di hospital.
Jelas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu, sebelum ini warga hospital hanya mendengar tentang khabar angin kunjungan Menteri Besar namun tidak menyangka beliau benar-benar berada di hospital itu.
"Dalam keadaan kesakitan begini, rasa terubat apabila pemimpin datang bertanya khabar dan memberi sumbangan.
"Ia dapat mengurangkan sedikit rasa sedih pesakit yang terpaksa menyambut Ramadan dan Syawal di dalam wad," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Mohd. Shahir berada di wad itu sejak seminggu lalu kerana diserang demam malam namun bersyukur bakal beraya di rumah kerana akan dibenarkan pulang Sabtu ini.
Berbeza pula bagi Maziah Che Daud, 47, terpaksa menyambut Ramadan dan Syawal di hospital apabila suaminya, Ab. Samat Abd. Rahman, 56, terlantar di HSNZ sejak sebulan lalu akibat penyakit hati, paru-paru dijangkiti kuman serta masalah tulang pinggul tidak boleh bergerak.
Menurut Maziah, kunjungan Menteri Besar dan isterinya, mengubat kepiluan mereka sekeluarga kerana tidak dapat menyambut perayaan itu dalam keadaan gembira dan meriah.
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Polis buru bekas banduan cederakan warga emas
Tiga bersaudara lembam harapkan pembelaan masyarakat
Pemilik kedai runcit rugi RM100,000 dalam kebakaran
Sekadar ulang janji lama
Masalah air bersih terus belenggu penduduk Kelantan
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang
ADUN cuba pendekatan baru
Tubuh koperasi bantu nelayan sungai
LKTN pergiatkan kempen tingkat pengusaha kenaf
SMK Seri Budiman perintis program cari bakat sukan berbasikal
Kakitangan HUSM cipta Lolimex
Pengayuh beca mahukan pembelaan kerajaan Pas
Penjara Pengkalan Chepa sasar jualan produk RM1.5 juta
Cadangan bina menara tinjau pantai
UniSZA raih 10 pingat ITEX 2013
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









