ARKIB : 15/08/2012
1,369 premis niaga diperiksa
KUALA TERENGGANU 14 Ogos - Sebanyak 1,369 premis perniagaan borong dan runcit di negeri ini akan diperiksa sepanjang tempoh penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, pemeriksaan bermula sejak Ahad lalu hingga 26 Ogos depan.
"Peniaga diwajibkan menjual barangan kawalan ini berdasarkan harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan tindak-tanduk mereka dipantau.
"Mereka perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan ia dengan barang-barang lain," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa di pasar raya Giant, di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Ghazali Muhammad dan Timbalannya, Ab. Ghani Harun.
Sebanyak 21 jenis barang kawalan termasuk ayam, daging lembu dan kerbau, telur ayam, kubis bulat, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah, bawang, ubi kentang dan ikan kembung disenaraikan dalam skim kawalan itu pada kali ini.
Dalam pada itu, Dr. A. Rahman memberitahu, setakat ini, PPDNKK tidak menerima laporan mengenai kekurangan bekalan barang kawalan khususnya minyak masak.
"Kita harap bekalan yang ada ini mencukupi sehingga habis musim perayaan," katanya.
Pemberian pelbagai dana, bantuan akan diteruskan
Isteri wakil rakyat BN sertai kursus etika sosial
23,477 peluang kerja sektor industri
Pusat belanja RM40 juta naik taraf LTSIP
Yang Dipertua DUN mula diuji pembangkang
1.155 juta pelancong lawat Kelantan pada Januari- Mac
UMT bantu sekolah tingkat pengusaan Bahasa Inggeris
Program Dana Raya diteruskan
Industri bantu kurangkan pengangguran
Tender terbuka lombong masih dalam kajian
kerajaan pusat agih peruntukan RM300,000 laksana projek di DUN Semerak, Selising
Redang diancam pencemaran
Semua pihak boleh beribadat
PPPIK sasar tambah 3,000 ahli - Mohd. Fared
GRV, PPPK kutip dana pendidikan RM288,000
Pelajar Korea teruja dapat mengenali budaya masyarakat Kelantan
15 tan barang kitar semula dikutip
Rela Besut rai kemenangan BN penuh meriah
Ceroboh: 47 nelayan asing ditahan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










