VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 16/06/2013

Real Madrid 'kuasa terbesar' jual beli pemain

Real Madrid telah menyuarakan minat terhadap bintang penyerang Liverpool, Luis Suarez menerusi tawaran RM245 juta. - AP

LONDON - Gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dianggap sebagai pemegang kuasa terbesar dalam aktiviti perpindahan bintang-bintang dunia yang sedang aktif berjalan.

Walaupun kalah kepada musuh ketat, Barcelona dalam persaingan mendapatkan bintang penyerang sensasi Brazil, Neymar, namun juara Eropah sembilan kali itu terlibat 80 peratus dalam perpindahan membabitkan nama-nama besar.

Kelab kaya Sepanyol itu aktif sama ada dalam membawa masuk bintang baharu atau mahu melepaskan bintang lama mereka yang dianggap tidak lagi diperlukan untuk memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Cristiano Ronaldo menjadi tumpuan utama dalam pasaran perpindahan ketika ini selepas dia dikaitkan dengan kepulangan semula ke Manchester United yang mampu mencatat rekod dunia baharu 85 juta pound (RM416 juta), namun Real masih bekerja keras untuk menyimpan bekas Pemain Terbaik Dunia itu.

Malah, persaingan di antara Real dan United bukan setakat Ronaldo. United dikatakan sudah mempunyai pelan B, andai usaha mendapatkan semula Ronaldo tidak berhasil iaitu dengan memancing bintang sayap Wales, Gareth Bale dari Tottenham.

Ironiknya, Bale adalah pemain yang telah lama disasarkan oleh Real. United dilaporkan bersedia melakukan pembelian rekod dunia untuk membawa masuk kapten Wales berusia 23 tahun itu, iaitu 85 juta pound satu jumlah yang tidak mungkin dapat ditolak oleh Spurs.

Real juga telah menyuarakan minat terhadap bintang penyerang Liverpool, Luis Suarez menerusi 50 juta pound (RM245 juta).

Jika berjaya mendapatkan Suarez, mereka akan melepaskan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain yang kini dipancing oleh Arsenal dan Juventus.

Kelab kaya England, Manchester City dan gergasi dari London, Arsenal juga bakal menjadi antara kelab paling aktif dalam pasaran perpindahan kali ini. City diberi peruntukan 100 juta pound (RM489.2 juta) untuk membawa masuk lima pemain berstatus bintang, manakala pengurus Gunners, Arsene Wenger diperuntukan 70 juta pound (RM342.4 juta)

'Kuasa wang' juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) juga tidak boleh diketepikan, apatah lagi pemilik kelab dari Qatar telah menyediakan dana 85 juta pound (RM415.8 juta), malah khabarnya PSG bukan saja mahu memburu pemain, tetapi juga jurulatih.

Kelab itu mengemukakan tawaran 10 juta pound (RM48.9 juta) untuk mendapatkan sentuhan pengurus muda Tottenham, Andre Villas-Boas bagi menggantikan Carlo Ancelotti mungkin berhijrah ke Real bagi mengisi kekosongan Jose Mourinho.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.