VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 29/05/2013

'Dedahkan siapa terlibat dadah'

Rafael Nadal mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawannya dari Jerman, Daniel Brands 4-6, 7-6, 6-4, 6-3 dalam aksi pusingan pertama tenis Terbuka Perancis di Paris, kelmarin. - AP

PARIS - Rafael Nadal mengulangi pendiriannya bahawa tenis merupakan sukan yang bebas daripada dadah, tetapi turut menggesa badan induk sukan tersebut untuk membuat pendedahan umum mengenai kekerapan ujian dadah dilakukan.

Hanya tiga minggu lalu, juara tujuh kali Terbuka Perancis itu mengkritik terhadap keputusan yang dibuat oleh hakim di Sepanyol tidak mendedahkan nama-nama atlet yang terlibat dalam kes doping Operasi Puerto.

"Saya mendapati berlaku ketidakadilan apabila nama atlet yang melakukan penipuan itu tidak didedahkan, tidak kira sama ada mereka berbangsa Sepanyol atau pun bukan," kata Nadal.

Kelmarin, pemain berusia 26 tahun itu menggesa agar sukan tenis lebih telus bagi menangani isu tersebut supaya orang ramai tidak skeptikal terhadap kontroversi doping yang melanda sukan antarabangsa khususnya apabila skandal Lance Armstrong didedahkan.

"Jika anda mendedahkan kepada umum, jadi mudah untuk orang ramai mengetahui sejauh mana ketelusan yang dilaksanakan dan anda pula tidak perlu bertanya soalan sebegini kerana anda tahu setakat mana kawalan tersebut dilakukan. Itu pandangan saya.

"Jadi, mengapa tidak kita jadikan perkara ini lebih telus? Mengapa kita tidak boleh dedahkan kepada umum? Anda pula tidak perlu datang ke sini dan bertanya jika anda telah menjalani pemeriksaan atau pun masih belum diuji secukupnya.

"Ini merupakan pendapat saya. Tenis merupakan sebuah sukan yang bersih. Kami tidak memiliki banyak kes doping. Kami benar-benar terkawal," kata Nadal. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.