VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 24/05/2013

Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco

MONACO - Lewis Hamilton yakin mampu untuk menyambar petak paling hadapan buat Mercedes pada sesi kelayakan Formula Satu Grand Prix Monaco, esok.

Pelumba berusia 28 tahun dari Britain itu berkata, dia akan melakukan yang terbaik untuk merealisasikan impiannya bagi meraih petak hadapan berikutan mempunyai kelebihan beraksi pada litar jalanan seperti di Monaco.

"Jika anda mampu untuk mendapatkan petak pada barisan hadapan, anda mempunyai peluang untuk terus kekal di hadapan.

"Ini akan menjadi perlumbaan paling mencabar kerana pada tahun lalu setiap pasukan akan mengunakan strategi berhenti pit sekali sahaja.

"Malah perkara sama juga akan dilakukan pada musim ini dengan 40 pusingan yang penuh mencabar buat pelumba dan jentera.

"Pada minggu ini saya perlu bekerja lebih keras untuk menghadapi sesi kelayakan kerana kedudukan yang diraih membawa makna segala-galanya di sini.

"Jika kami mampu untuk mendapatkan barisan hadapan sudah tentu ini dapat membantu pasukan memulakan perlumbaan dengan baik.

"Pada 2007 saya meraih petak kedua dan saya sukar untuk memintas Fernando (Alonso), tahun lepas tiada siapa pun dapat memintas Mark (Webber) semuanya berada di belakangnya," kata Hamilton. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.