VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 06/03/2013

Vidic ramal Ronaldo akan kembali

NEMANJA Vidic (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan, kelmarin sebelum menentang Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara. - AFP

LONDON - Tonggak pertahanan dan kapten Manchester United, Nemanja Vidic tidak akan terkejut sekiranya Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford, musim depan.

Semalam, tugas Vidic menghalang Ronaldo ketika pasukannya menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara Eropah, namun musim depan mereka mungkin akan berganding dalam satu pasukan.

"Kepulangan Ronaldo menjadi tanda tanya besar atas banyak sebab. Saya suka melihat Cristiano di sini, saya dapat melihat kemungkinan itu.

"Dia adalah penyokong United. Walaupun dia sudah meninggalkan kami, namun dia masih mengikuti perkembangan United dan merindui kelab ini serta suasana di sini," kata Vidic.

Akhbar Britain pada Ahad lalu melaporkan, Ronaldo sanggup gajinya dipotong untuk membolehkan hasrat kembali ke Old Trafford menjadi kenyataan.

Vidic menilai bintang sayap Portugal itu lebih tinggi berbanding Pemain Terbaik Dunia empat kali, Lionel Messi dan menganggap, United boleh berbangga kerana memiliki pemain terbaik dunia.

"Kedua-dua mereka adalah pemain yang hebat tetapi dalam beberapa tahun ini, Barcelona telah memenangi lebih banyak trofi sebab itu orang melihat Messi lebih baik daripada Ronaldo.

"Tetapi dari segi permainan, Cristiano lebih bagus. Dia tiada masalah bermain di England, dia boleh merembat bola menggunakan kaki kiri atau kanan, dia boleh melompat tinggi untuk menanduk bola, malah dia boleh mengelecek bola. Pendek kata dia boleh buat macam-macam perkara.

"Saya tidak kata Messi tidak boleh melakukan semua itu, cuma apa yang membuatkan permainannya bagus adalah kerana gaya yang diterapkan oleh Barcelona masuk dengan corak permainannya tetapi Ronaldo boleh mengubah gaya permainan mengikut kesesuaian pasukan yang diwakili.

"Selepas empat tahun di Madrid, permainannya berubah-rubah. Setiap kali dia berjalan di atas padang, dia hanya mahu menjaringkan gol dan sentiasa menunjukkan keghairahan dalam semua perlawanan," ujar tonggak pertahanan Serbia berusia 31 tahun itu lagi. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.