VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 03/01/2013

Casillas berjuang rampas posisi

MADRID - Penjaga gol yang juga ketua pasukan Real Madrid, Iker Casillas berkata, dia sedang berjuang untuk membuktikan kepada jurulatih Jose Mourinho bahawa dia layak untuk kembali ke posisinya selepas digugurkan secara kontroversi dalam saingan La Liga di Malaga bulan lalu.

Keputusan mengejutkan Mourinho dengan memilih penjaga gol kurang berpengalaman, Antonio Adan dan bukannya Casillas mencetuskan spekulasi mungkin berlakunya perbalahan di dalam bilik persalinan Real dan kekalahan 2-3 kepada Malaga tempoh hari menggugat peluang untuk mempertahankan kejuaraan.

Dengan separuh baki musim telah diharungi dan menjelang perlawanan di laman sendiri menentang Real Sociedad Ahad ini, Real kini tujuh mata di belakang pasukan tangga kedua Atletico Madrid dan dipisahkan 16 mata dengan Barcelona.

"Saya perlu berjuang dan cuba mendapatkan kembali tempat saya.

"Itu matlamat saya dan saya harap jurulatih akan memilih saya untuk disenaraikan pada perlawanan Ahad ini.

"Apa yang penting adalah tersenarai ke dalam skuad utama dan jurulatih akan memilih yang terbaik," kata Casillas.

Skuad Mourinho sudahpun tercicir mata lebih daripada apa yang mereka alami sepanjang musim lalu di mana mereka cuma kalah empat perlawanan dan seri tiga kali, sedangkan Barca belum kalah setakat 17 perlawanan.

Perlawanan tunggal yang gagal mereka menangi di laman sendiri ialah ketika seri 2-2 dengan Real pada Oktober lalu sebaliknya Barca memburu kemenangan ke-11 berturut-turut ke atas Espanyol di laman sendiri Ahad ini.

Casillas menyedari bahawa prestasi tidak menentu Real bermakna lain-lain pasukan dalam La Liga tidak lagi melihat mereka sebagai lawan yang digeruni musim ini dan kini terserah kepada pemain yang kembali dihormati.

Dia juga menafikan wujud ketegangan dalam kalangan pemain dan pihak kejurulatihan.

"Kami tidak boleh mengalah. Kami harus terus berjuang, lebih berlatih dan berharap keputusan positif dapat dicapai di atas padang.

"Sekarang tahun 2013, kami perlu cuba merapatkan perbezaan mata dalam liga dan terus memberi fokus ketika situasi kritikal," katanya. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.