VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 15/11/2012

Jepun hampir layak ke Brazil

MUSCAT, Oman - Jaringan Shinji Okazaki pada babak akhir perlawanan memberikan Jepun kemenangan 2-1 ke atas Oman untuk juara Asia itu semakin hampir mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2014.

Oman dilihat mampu berkongsi mata pada perlawanan di sini semalam, selepas sepakan bebas Ahmed Mubarak yang terkena pemain lawan 13 minit sebelum perlawanan berakhir, menyamakan kedudukan setelah Jepun meraih gol pada babak pertama menerusi Hiroshi Kiyotake.

Namun Okazaki memastikan Jepun pulang dengan tiga mata hasil serangan panas pada minit ke-89 apabila mendapat hantaran Yasuhito Endo.

Kiyotake, yang menggantikan Shinji Kagawa meletakan Jepun mendahului pada minit ke-20, apabila dia mudah menolak masuk bola leret hasil hantaran silang Yuto Nagatomo yang melepasi penjaga gol lawan, Ali Al Habsi.

Jepun yang kini mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan, layak ke semua Piala Dunia sejak pertama kali layak pada 1998. - Reuters

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.