VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 30/10/2012

Chelsea bantah pengadil celupar

Fernando Torres dilayangkan kad merah oleh Mark Clattenburg ketika perlawanan di Stamford Bridge, semalam. - AFP

LONDON - Pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg bakal mendapati dirinya berada dalam 'keadaan panas' selepas Chelsea mengemukakan aduan rasmi terhadapnya kerana menggunakan 'bahasa yang tidak sepatutnya' kepada dua pemain mereka ketika kelab London itu tewas 2-3 kepada Manchester United dalam perlawanan penuh kontroversi, semalam.

Rekod tanpa kalah Chelsea musim ini akhirnya lebur apabila pemain gantian United, Javier Hernandez menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75.

Jaringan tersebut turut mencetus kontroversi kerana penyerang Mexico itu jelas berada pada posisi ofsaid.

Jaringan Hernandez dihasilkan tidak lama selepas Clattenburg melayangkan dua kad merah kepada tonggak Chelsea, pemain pertahanan Branislav Ivanovic dan penyerang Fernando Torres pada pertengahan babak kedua.

"Kami telah mengemukakan aduan rasmi kepada delegasi perlawanan Liga Perdana mengenai tindakan pengadil yang menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya kepada dua pemain kami dalam insiden yang berasingan.

"Delegasi perlawanan akan memanjangkan aduan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak (FA). Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan lanjut buat masa ini,'' kata jurucakap kelab.

Juara Eropah itu bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah pemain yang terlibat dalam insiden tersebut dan apakah kata-kata yang dikeluarkan oleh pengadil, namun dia menafikan laporan bahawa John Obi Mikel pergi ke bilik pengadil sejurus tamat perlawanan.

Mikel dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil pada separuh masa kedua.

Clattenburg enggan memberi sebarang komen tetapi Lembaga Pegawai Perlawanan Profesional (PGMO), yang bertindak menguruskan pengadil-pengadil liga England dalam satu kenyataan media berkata, mereka akan menyiasat dakwaan tersebut secara serius.

"Clattenburg akan memberi kerjasama penuh dan kami mengalu-alukan sebarang fakta tambahan untuk melakukan siasatan,'' kata PGMO dalam kenyataan.

Insiden itu melengkapkan hari penuh kontroversi di Stamford Bridge, yang turut menyaksikan seorang steward dibawa ke hospital kerana cedera kaki selepas terkena objek keras yang dilontar oleh peminat yang marah dengan tindakan Clattenburg melayangkan kad merah kepada Torres.

Pengadil tersebut mendakwa bintang penyerang Sepanyol itu sengaja menjatuhkan badan sedangkan terdapat sentuhan jelas di antara Torres dan pertahanan United, Jonny Evans.

Mutu pengadilan buruk membayangi beberapa perlawanan besar Liga Perdana hujung minggu lalu.

Tidak lama sebelum perlawanan Chelsea-United, Liverpool terlebih dulu menjadi mangsa apabila jaringan Luis Suarez dibatalkan oleh pengadil sedangkan kedudukan pemain itu jelas tidak ofsaid. Reds akhirnya seri 2-2 dengan Everton.

Sehari sebelum itu, jaringan Mikel Arteta dibenarkan oleh pengadil untuk membolehkan Arsenal menewaskan Queens Park Rangers 1-0 walaupun pemain tersebut ofsaid. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.