ARKIB : 14/09/2012
United tanpa Persie, Kagawa
LONDON - Manchester United mungkin melayan kunjungan Wigan di Old Trafford esok tanpa kelibat dua tonggak, Robin van Persie dan Shinji Kagawa.
Van Persie dikeluarkan kerana masalah paha sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia Belanda menentang Hungary Selasa lalu.
Kagawa pula tidak diturunkan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia Jepun melawan Iraq kerana sakit belakang.
Pengurus Alex Ferguson tentunya gusar dengan berita buruk itu dan akan menilai keadaan dua pemain itu yang baru dibeli, apabila mereka kembali melapor diri untuk latihan kelab.
Kagawa hampir pasti diketepikan selepas mengakui dia masih belum pulih sepenuhnya daripada kesakitan biarpun menegaskan kecederaannya tidak serius.
"Sebelum perlawanan, saya menerima rawatan selama mungkin dan jurulatih (Alberto Zaccheroni) menunggu saya.
"Saya merasakan ada kesakitan, rasa mencucuk di belakang dan saya tidak mahu mengambil risiko.
"Ia bukannya kecederaan serius dan saya tidak fikir ia akan mengetepikan saya untuk tempoh lama. Saya boleh berjalan tanpa masalah namun ada kalanya kesakitan masih dirasai," jelas Kagawa. - AGENSI
Tangisan Beckham
Federer, Nadal berentap di final Rome Masters
Beckham diberi penghormatan kemudi PSG
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Beckham umum persaraan dengan gelaran liga 4 negara
Ivanovic wira Chelsea
Benitez disanjung
Beckham umum bersara
Playoff Chelsea, Arsenal ke Liga Juara-Juara?
Jangan ubah gaya Barca - Messi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










