ARKIB : 07/09/2012
Federer, Roddick tersingkir
NEW YORK - Pemain No. 1 dunia, Roger Federer tersingkir mengejut daripada kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat selepas tumpas kepada pemain Republik Czech, Tomas Berdych pada saingan suku akhir yang mencemaskan di Flushing Meadow, semalam.
Nasib malang turut menimpa jaguh tuan rumah, Andy Roddick yang menamatkan kariernya dengan ditunjukkan jalan keluar oleh bintang Argentina, Juan Martin del Potro pada pusingan keempat.
Federer tidak mampu menjelmakan kembali keajaiban lama apabila gagal menyaingi kehebatan Berdych yang mencatat kemenangan 7-6, 6-4, 3-6, 6-3. Ini adalah kali pertama bintang Switzerland itu tersingkir awal di Terbuka Amerika Syarikat dalam tempoh sembilan tahun.
"Tiada apa yang lebih hebat daripada ini. Tiada perasaan yang lebih bagus dan saat yang lebih indah daripada kemenangan ini,'' ujar Berdych, pilihan keenam.
Federer, 31, pula tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana dia meletakkan harapan besar untuk membawa pulang satu lagi kejuaraan selepas merangkul gelaran Wimbledon, Julai lalu.
"Ia adalah perlawanan yang amat mengecewakan. Saya rasa ada pelbagai situasi yang berlaku sepanjang kejohanan dan ini adalah situasi paling buruk, saya harap ia tidak berlaku kepada saya,'' kata Federer, juara Terbuka Amerika Syarikat lima kali.
Bintang tuan rumah, Roddick juga mengalami pengalaman pahit. Dia mengharapkan penamat yang lebih baik apabila melangkah ke Stadium Arthur Ashe buat kali terakhir, malangnya Del Potro menunjukkan jalan keluar menerusi kemenangan 6-7, 7-6, 6-2, 6-4.
"Buat kali pertama dalam karier saya, saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan,'' kata Roddick sejurus tamat permainan.
Ketika kejutan menimpa beberapa pemain pilihan, Novak Djokovic, Andy Murray, Serena Williams dan Maria Sharapova terselamat daripada tersingkir awal. Namun, Murray dan Sharapova dipaksa mengharungi aksi mendebarkan sebelum melangkah ke separuh akhir, sedangkan Djokovic dan Williams mengukuhkan status sebagai pilihan juara menerusi kemenangan mudah.
Juara Olimpik dan pilihan ketiga dari Scotland, Murray dipaksa bekerja keras untuk menyingkirkan Marin Cilic dari Croatia 3-6, 7-6 (7-4), 6-2, 6-0, sekali gus menempah pertemuan dengan Berdych pada separuh akhir hari ini.
Sharapova pula perlu mengeluarkan seluruh skil yang ada ketika bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Marion Bartoli dari Perancis 3-6, 6-3, 6-4 dan mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak muncul juara di New York pada 2006. Menantinya di separuh akhir, pemain No. 1 dunia, Victoria Azarenka. - REUTERS
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Pedrosa takluk Le Mans, dahului senarai dunia
Nadal, Serena julang trofi Rome Masters
Arsenal raih slot terakhir ke Liga Juara-Juara
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










