ARKIB : 07/09/2012
England bersemangat tanpa pemain tonggak
LONDON - Skuad England yang dihantui kecederaan ramai pemain utama, tetap disifatkan kuat bagi permulaan kempen Kelayakan Piala Dunia apabila berdepan Moldova di Chisinau, esok.
Antara pemain terbaru yang mendapat kecederaan ialah Ashley Cole, yang sepatutnya meraih cap ke-99 bersama England jika dapat beraksi hari ini dan Andy Carroll, selepas disahkan terpaksa berehat selama enam minggu.
Selain itu, England turut kehilangan Wayne Rooney dan Scott Parker, tetapi England dilihat tetap bersemangat bagi menghadapi perlawanan pembukaan Kumpulan H setelah meraih kemenangan 2-1 ke atas Itali, di Berne bulan lalu.
Biarpun ditunjuk jalan keluar oleh Itali pada suku akhir Euro 2012, skuad bimbingan Roy Hodgson itu belum kalah dalam tujuh perlawanan selepas 90 minit semenjak 1 Mei.
Jika dibandingkan kedudukan ranking FIFA, England yang berada pada tangga ketiga dan Moldova di kedudukan 141 dunia, apa jua keputusan selain kemenangan skuad Three Lions memang merupakan satu kejutan terbesar.
Hodgson berkata: "Ramai pemain penting mengalami kecederaan seperti Gareth Barry, Frank Lampard dan Wayne Rooney.
"Pada perlawanan dengan Itali tempoh hari, saya terpaksa mengeluarkan satu atau dua pemain senior yang saya fikirkan mungkin penting untuk perlawanan kelayakan.
"Saya tidak fikir dapat menyenaraikan pasukan impian saya kerana pasti ada pemain utama yang tidak bermain atas pelbagai faktor, " katanya.
England pernah mengalahkan Moldova pada pusingan kelayakan Piala Dunia 1998 dengan menang 3-0 pada September 1996 dan 4-0 di Wembley, setahun kemudian.
Moldova tidak pernah layak ke Piala Dunia dan hanya memenangi dua daripada 38 perlawanan kelayakan dan tidak pernah menang sebarang perlawanan semenjak tujuh tahun lalu. - REUTERS
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Pedrosa takluk Le Mans, dahului senarai dunia
Nadal, Serena julang trofi Rome Masters
Arsenal raih slot terakhir ke Liga Juara-Juara
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Tangisan Beckham
Federer, Nadal berentap di final Rome Masters
Beckham diberi penghormatan kemudi PSG
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










