ARKIB : 28/08/2012
Modric tinggalkan Spurs sertai Real Madrid
MADRID - Real Madrid menandatangani perjanjian dengan pemain Tottenham Hotspur, Luka Modric untuk lima musim, kata kelab Sepanyol itu, semalam.
''Real Madrid dan Tottenham Hotspur telah mencapai persetujuan untuk membeli Luka Modric dan berada di sini selama lima musim.
''Kedua-dua kelab itu telah mencapai kerjasama berhubung perkara itu,'' menurut Real Madrid.
Pemain Croatia berusia 26 tahun itu sebelum ini bersungguh-sungguh untuk meninggalkan White Hart Lane selepas berakhir musim lepas.
Namun, usaha Real untuk membeli pemain itu tergendala seketika selepas Pengerusi Spurs, Daniel Levy menuntut yuran perpindahan 40 juta pound RM200 juta.
Spurs yang mengesahkan perpindahan Modric dan yang kini hanya menunggu pemeriksaan perubatan berkata, perjanjian itu juga melibatkan kerjasama dalam soal kejurulatihan, latihan dan hubungan komersial.
''Luka merupakan pemain hebat buat kami tetapi kami pada masa yang sama merelakan dia menyertai Real Madrid, kelab yang kami melihat satu kerjasama jangka panjang,'' kata Levy.
Sementara itu, Presiden Real Madrid, Florentino Perez dalam kenyataannya di laman web kelab mengalu-alukan perjanjian tersebut.
''Kami bangga menerima Luka dan berminat untuk mengadakan kerjasama lebih erat dengan Tottenham,'' katanya.
Kelab gergasi Sepanyol itu berkata, mereka berharap Modric dapat bertindak sebagai tulang belakang buat Real.
''Real Madrid telah membeli seorang pemain yang berbakat dan kreatif yang akan berfungsi di bahagian tengah.
''Dia juga mampu membawa peranan sebagai pemain penyerang membantu rakan sepasukan dan pada masa yang sama bijak membuat keputusan,'' kata kenyataan itu lagi.
Luka telah membuat 160 penampilan bersama Spurs dan menjaringkan 17 gol selepas meninggalkan Dinamo Zagreb pada 2008. - AFP
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Beckham umum persaraan dengan gelaran liga 4 negara
Ivanovic wira Chelsea
Benitez disanjung
Beckham umum bersara
Playoff Chelsea, Arsenal ke Liga Juara-Juara?
Jangan ubah gaya Barca - Messi
Beckham umum persaraan
Tenis Terbuka Itali: Murray tarik diri, Nadal, Sharapova garang
Chelsea tumbangkan Benfica untuk muncul juara Liga Europa
Wigan tersingkir selepas 8 musim
'Hidup baru' tanpa Mancini
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










