ARKIB : 27/08/2012
Man. City nafi hasrat Liverpool
LONDON - Juara bertahan, Manchester City menafikan hasrat Liverpool untuk meraih tiga mata penuh apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi.
Skuad Brendan Rodgers mendahului menerusi tandukan pemain pertahanan, Martin Skrtel pada minit ke-34 hasil sepakan sudut Steven Gerrard.
Yaya Toure kembali meletakan City seimbang menerusi rembatan kencang dari dalam kawasan penalti pada minit ke-63, hasil hantaran silang Carlos Tevez, yang gagal dikeluarkan pemain Liverpool Martin Kelly.
Skuad Reds sekali lagi mendahului menerusi sepakan bebas menarik Luis Suarez minit ke-66.
Namun kesilapan Skrtel yang cuba memberikan bola kepada penjaga gol, Pepe Reina mengundang padah apabila bola disambar Tevez untuk jaringan penyamaan City pada minit ke-80.
Sementara itu, dalam perlawanan awal, Arsenal terus buntu dalam mencari kemenangan pertama apabila seri tanpa jaringan dengan Stoke.
Keputusan itu menambah tekanan kepada Arsene Wenger yang dikecam kerana gagal mengekalkan pemain-pemain tonggaknya.
Ketiadaan Robin van Persie jelas 'dirindui' Gunners apabila rangkaian serangan baru yang dibarisi Santi Cazorla, Oliver Giroud dan Lukas Podolski namun tiada seorang pun di antara mereka memiliki sentuhan seperti mana bekas ayam tambatan mereka (van Persie) yang berpindah ke Manchester United.
Arsenal menguasai permainan tetapi gagal menghasilkan sebarang peluang gol terbaik.
Wenger mengetepikan Walcott untuk memberikan penampilan sulung untuk Giroud manakala menggantikan penjaga gol utama, Wojcieh Szczesny dengan Vito Mannone.
Peluang gol terbaik Arsenal hadir menerusi Giroud pada penghujung permainan apabila rembatan dari jarak 40 meter melepas palang gol lawan.
Dia sepatutnya boleh melakukan lebih baik jika membawa bola untuk seketika sebelum menghantar kepada Aaron Ramsey yang berada dalam posisi lebih selesa untuk menjaringkan gol.
Dua mata daripada dua perlawanan pertama, malah tambah mengecewakan tanpa sebarang gol selepas turut seri tanpa jaringan dengan Sunderland di Emirates pada aksi pembukaan minggu lalu, Arsenal kini di tangga ke-11 dan sebarang keciciran mata lagi bakal mengundang padah buat skuad kendalian Wenger jika ia berterusan. - AGENSI
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Pedrosa takluk Le Mans, dahului senarai dunia
Nadal, Serena julang trofi Rome Masters
Arsenal raih slot terakhir ke Liga Juara-Juara
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Tangisan Beckham
Federer, Nadal berentap di final Rome Masters
Beckham diberi penghormatan kemudi PSG
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










