ARKIB : 19/08/2012
Sukar tolak United
MANCHESTER - Robin van Persie melengkapkan perpindahan kontroversi ke Manchester United dengan menegaskan bahawa dia marah dengan bekas kelabnya, Arsenal.
Pemain Belanda itu dijangka membuat kemunculan pertama bersama United apabila menentang Everton esok selepas melengkapkan perpindahan dengan bayaran 24 juta euro (RM118 juta) dari skuad Arsene Wenger.
Van Persie mengakui sukar untuk dia meninggalkan kelab utara London itu selepas lapan tahun namun United tampil dengan tawaran yang sukar ditolak.
“Saya sentiasa mendengar naluri saya apabila terpaksa berdepan masalah untuk membuat keputusan.
“Ini merupakan satu cabaran besar buat saya. Mungkin beberapa pandangan saya tidak serupa dengan Arsenal tetapi inilah kehidupan.
“Kadang kala anda tidak bersetuju atas beberapa perkara. Saya tidak sabar untuk mengharungi cabaran terhebat dalam karier bola sepak saya, ini adalah cabaran terbesar setakat ini," katanya.
Sebelum ini Van Persie dikatakan akan menyertai Manchester City atau Juventus, sebelum perbincangan di antara pengurus United Sir Alex Ferguson dan Wenger yang membawa kepada perpindahannya ke Old Trafford.
“Sekarang saya harap semua orang tahu apa keputusan saya," kata Persie. - AFP
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Pedrosa takluk Le Mans, dahului senarai dunia
Nadal, Serena julang trofi Rome Masters
Arsenal raih slot terakhir ke Liga Juara-Juara
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Tangisan Beckham
Federer, Nadal berentap di final Rome Masters
Beckham diberi penghormatan kemudi PSG
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










