ARKIB : 16/08/2012
'Contohi semangat Olimpik'
BERN, Switzerland - Pemain tengah England, Frank Lampard mengakui, bintang-bintang Liga Perdana Inggeris boleh mempelajari sesuatu daripada semangat yang ditunjukkan atlet Britain ketika melakar pencapaian terbaik mereka pada Sukan Olimpik 2012.
Kontinjen Great Britain mengutip 65 pingat keseluruhan, 29 emas iaitu pencapaian terbaik mereka sejak London menjadi tuan rumah Olimpik buat kali pertama pada 1908. Kecemerlangan tersebut meniup semangat seluruh negara itu.
Bagaimanapun selepas melalui 17 hari pengalaman yang menakjubkan, ramai yang bimbang apabila musim Liga Perdana kembali membuka tirai, semangat kesukanan sudah mula dilupakan, sebaliknya pentas sukan akan kembali diwarnai pemain-pemain yang beraksi kerana dibayar gaji tinggi.
Sekali lagi, berita-berita Liga Perdana akan mendominasi tajuk utama akhbar Britain dan publisiti bintang-bintang bola sepak kembali digembar-gemburkan.
Bercakap pada malam sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa England menentang Itali di ibu negara Switzerland, Bern semalam, Lampard mempertahankan reputasi bola sepak, namun mengakui ada banyak perkara yang boleh dipelajari pemain.
"Sukan Olimpik adalah peristiwa yang amat menakjubkan dan kita bernasib baik kerana dipilih untuk menganjurkannya, malah menjadi tuan rumah yang cemerlang.
"Anda memang mempunyai perbandingan yang jelas. Kita sedar, ada sedikit kegagalan dalam bola sepak dan semua sedar akan perkara itu.
"Persekitaran Olimpik, dengan ribuan penonton dari seluruh negara di dunia berinteraksi adalah sesuatu yang hebat untuk dilihat, saya rasa kami boleh mengambil pelajaran daripada semangat Olimpik dalam bola sepak, iaitu menjadikan pemain lebih menilai sukan itu sesuatu yang tinggi berbanding wang ringgit,'' ujar Lampard.
Bintang Chelsea itu menambah, dia berasa "amat bertuah" dapat hadir di Stadium Olympic dan menyaksikan Usain Bolt memenangi mahkota 200 meter, selain melihat rekod dunia dipecahkan dalam acara 800m oleh pelari Kenya, David Rudisha.
Begitupun dia menegaskan, masih banyak sebab mengapa bola sepak tetap sukan yang unik.
"Saya rasa itu perkara biasa apabila orang membandingkan semangat bola sepak dan Pasukan GB (Great Britain). Pasukan GB telah menunjukkan prestasi sangat baik dan menunjukkan semangat kesukanan tinggi.
"Persekitaran bola sepak profesional agak berbeza, tetapi persekitaran di dalam stadium tetap sama. Sebaik anda memasuki stadium dan sebaik kami menjejakkan kaki ke atas padang, suasana kesukanan itu ada. Saya percaya, kita semua meminati bola sepak atas satu sebab, suasana yang hebat,'' katanya lagi. - AFP
Bayern julang trofi Liga Juara-Juara
Mercedes Petronas kuasai petak 1-2
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Mercedes Petronas kuasai petak 1-2
Nicol, Massaro tentukan juara Terbuka Britain
Havelange dapat penghargaan Platini
Neymar ke Barcelona atau Real
Gary Bowyer kekal pengurus Blackburn Rovers
Nadal, Djokovic diramal bertembung separuh akhir Terbuka Perancis
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










