ARKIB : 14/08/2012
Emas atlet Belarus ditarik balik
LONDON - Pingat emas Olimpik yang dimenangi atlet Belarus, Nadzeya Ostapchuk dalam acara lontar peluru wanita, minggu lalu ditarik balik selepas didapati positif mengambil dadah anabolic steroid.
Dua contoh air kencing atlet itu sebelum dan selepas dia memenangi emas, Isnin lalu diuji positif mengandungi bahan terlarang metenolone, umum Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dalam satu kenyataan semalam, iaitu sehari selepas Sukan Olimpik London menutup tirai.
"Ostapchuk dibatalkan daripada acara lontar peluru wanita di mana dia merangkul pingat emas di Sukan Olimpik London dan ia telah ditarik balik,'' kata badan dunia itu dalam satu kenyataan.
Belarus telah diarah untuk memulangkan emas Ostapchuk, yang kini akan diserahkan kepada atlet New Zealand, Valerie Adams, tulis kenyataan itu lagi. Atlet Rusia, Evgeniia Kolodko yang meraih gangsa akan menerima perak, manakala atlet China, Gong Lijiao pula akan menerima gangsa.
"Atlet diminta untuk memberikan contoh air kencing bagi tujuan kawalan doping pada 5 Ogos lalu. Dia (Ostapchuk) mengambil bahagian keesokan hari selepas menjalani ujian, sebelum diarahkan memberi contoh air kencing yang baru sejurus selepas memenangi pertandingan.
"Kedua-dua contoh air kencing menunjukkan kehadiran metenolone yang diklasifikasi sebagai agen anabolic, bahan yang berada dalam sejarah Larangan 2012," tulis IOC lagi.
Ostapchuk, 31, juara dunia 2005 memenangi emas selepas melakukan balingan cemerlang 21.36 meter. - REUTERS
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










