ARKIB : 12/08/2012
Bahamas kejutkan AS
LONDON - Bahamas mengejutkan pasukan pilihan, Amerika Syarikat dalam acara 4x400 meter lelaki apabila mencatat kemenangan dramatik untuk membawa pulang emas Sukan Olimpik, semalam.
Ramon Miller memintas bintang Amerika , Angelo Taylor pada saat akhir untuk melepasi garisan penamat dengan kepantasan 2 minit 56.72 saat.
Kejayaan kuartet Bahamas memberikan emas olahraga lelaki pertama buat negara Caribbean.
Ini adalah penampilan sulung Amerika dalam perlumbaan akhir 4x400m Olimpik sejak kalah pada Temasya Munich 1972.
Biarpun turun sebagai pilihan, mereka akur meraih perak selepas mencatat masa 2:57.05s. Gangsa milik Trinidad and Tobago, yang memecah rekod kebangsaan 2:59.40s.
Harapan pelari kaki bilah, Oscar Pistorius untuk melakar sejarah meraih pingat buat Afrika Selatan tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di tangga terakhir.
Taylor, 33, gagal menemui kepantasan dan stamina yang diperlukan di saat akhir, sekali gus terlepas peluang untuk mencari emas Olimpik keempat selepas memenangi dua kejuaraan 400m lari berpagar dan 4x400m berganti-ganti pada 2008.
Bagi Miller, 25, pula, dia sudah lama sedar detik emas pasti akan tiba.
"Pelari Amerika Syarikat juga sedar bahawa kami tidak jauh di belakang mereka.
"Kejuaraan ini ditujukan buat semua orang di tanah air. Kami tidak sabar hendak pulang meraikannya,'' ujar Miller, pemenang pingat gangsa 400m pada Sukan Komanwel 2010.
Bagi pelari veteran, Chris Brown, 33, ini adalah kejuaraan besar kedua pernah diraih selepas memenangi emas Kejohanan Dunia, 11 tahun lalu. Namun sejak kejayaan itu, dia sering berdepan kekecewaan dalam kariernya.
"Gembira dapat membawa pulang emas ke tanah air. Kami benar-benar berlari dengan baik, saya memang amat mempercayai keupayaan rakan-rakan sepasukan dan akhirnya kami menewaskan Amerika,'' katanya. - AFP
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Beckham umum persaraan dengan gelaran liga 4 negara
Ivanovic wira Chelsea
Benitez disanjung
Beckham umum bersara
Playoff Chelsea, Arsenal ke Liga Juara-Juara?
Jangan ubah gaya Barca - Messi
Beckham umum persaraan
Tenis Terbuka Itali: Murray tarik diri, Nadal, Sharapova garang
Chelsea tumbangkan Benfica untuk muncul juara Liga Europa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










