ARKIB : 12/08/2012
Rekod dunia berusia 27 tahun lebur
LONDON - Amerika Syarikat bukan saja merampas kembali kejuaraan 4x100 meter wanita Olimpik buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun, malah melakukannya dengan penuh bergaya apabila memecah rekod dunia berusia 27 tahun ketika menumpaskan juara bertahan, Jamaica, semalam.
Ratu-ratu pecut Amerika menamatkan saingan dengan catatan hebat 40.82 saat untuk merangkul emas pertama sejak Sukan Olimpik Atlanta 1996.
Rangkaian Tianna Madison, Allyson Felix, Bianca Knight dan Carmelita Jeter memenangi perlumbaan dengan selesa untuk memadam catatan lama 41.37s yang dilakukan kuartet Jerman Timur pada 1985.
Jamaica yang diketuai pemenang pingat emas 100m individu, Shelly-Ann Fraser-Pryce membawa pulang perak dengan 41.41s, manakala gangsa milik Ukraine dengan catatan masa 42.04s. Kedua-dua negara memecah rekod kebangsaan masing-masing.
Jeter, pelari 100m wanita kedua terpantas sepanjang zaman, menerima baton daripada Knight dan mendahului pelari terakhir Jamaica dengan kelebihan 3m di depan. Dia kemudian menjarakkan kedudukan kepada 5m untuk membawa pulang emas pertama Olimpik.
Atlet berusia 32 tahun itu, yang juga naib juara 100m dan gangsa 200m sempat menoleh ke arah papan masa ketika melepasi garisan penamat. Dia kemudian menjerit sekuat hati selepas menyedari rekod dunia telah dipecahkan.
"Saya tahu kami bergerak dengan pantas. Saya tahu kami berlari dengan baik dan saya sangat teruja.
"Ia perasaan yang t hebat. Semua orang berlari dengan kelajuan luar biasa dan kami berjaya berkerjasama dengan baik untuk bukan saja membawa pulang emas, malah rekod dunia,'' kata Jeter.
Kuartet Jerman Timur yang dibarisi Silke Gladisch-Moeller, Sabine Rieger, Ingrid Auerswald-Lange dan Marlies Goehr mencipta rekod dunia pada 1985, namun ia dipertikaikan ketika itu kerana isu doping secara sistematik yang sedang menular di negara berkenaan.
Felix, yang menamatkan pemburuan emas individu di London dengan menjuarai saingan 200m kelmarin, mendedahkan keyakinan tinggi mengiringi kuartet Amerika sebelum perlumbaan bermula.
"Memang melegakan, ia menyeronokkan.. ia segala-galanya.
"Saya melihat pasukan ini berada pada tahap yang paling selesa. Kami ketawa dan senyum bersama.. kami tidak pernah seperti ini. Saya rasa kombinasi itu membuatkan setiap kami selesa antara satu sama lain. Kemudian, ia beralih pula kepada kelajuan, semua orang mengharungi musim yang menakjubkan,'' ujar Felix.
Veronica Campbell-Brown, pelari ketiga Jamaica yang berlari di antara Sherone Simpson dan Kerron Stewart tetap gembira pulang bersama pingat Olimpik ketujuh.
"Saya tumpang gembira dengan pelari-pelari wanita Amerika Syarikat. Mereka memecah rekod, ini sesuatu yang bagus. Sebagai wanita, saya rasa seronok kerana saya fikir pelari wanita tidak mendapat penghormatan setinggi pelari lelaki.
"Kami perlu melakukan lebih banyak rekod. Kuartet Amerika Syarikat melakukan larian yang bagus.. keputusan yang dicatat sungguh luar biasa,'' katanya.
Kombinasi Olesya Povh, Hrystyna Stuy, Mariya Ryemyen dan Elizaveta Bryzgina pula menghadiahkan gangsa buat Ukraine. - REUTERS
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










