ARKIB : 11/08/2012
Bolt bidas Lewis
LONDON - Bintang pecut Jamaica, Usain Bolt berhenti seketika daripada meraikan kejayaan melakar sejarah merangkul kejuaraan berganda Sukan Olimpik dengan mengkritik bekas jaguh olahraga Amerika Syarikat, Carl Lewis.
Sejurus memenangi emas 200 meter semalam, yang melengkapkan koleksi kejuaraannya selepas mempertahankan mahkota 100m, Bolt mendedahkan, dia sudah 'hilang rasa hormat' terhadap Lewis apabila legenda Amerika itu berkata, kawalan doping di Jamaica tidak seketat di negara-negara lain.
Walaupun tidak membuat tuduhan secara terus, Lewis, bekas juara 100m dan 200m Olimpik memberitahu bahawa beberapa tahun kebelakangan ini prosedur ujian dadah Jamaica perlu diperketatkan.
Kenyataan itu mengundang reaksi kurang senang Bolt selepas menamatkan cabaran 200m di Stadium Olimpik semalam.
"Saya akan mengatakan sesuatu yang kontroversi sekarang. Carl Lewis, saya sudah hilang hormat kepadanya.
"Perkara yang dibangkitkannya mengenai olahraga di Jamaica merendah-rendahkan taraf seorang atlet.
"Saya fikir Lewis cuba meraih perhatian, benar, kerana tiada siapa yang banyak bercakap mengenainya.
"Saya amat sedih mendengar apa yang telah dia katakan sebelum ini. Ia mengecewakan. Saya hilang semua rasa hormat terhadapnya, semuanya," kata Bolt kepada pemberita selepas sidang akhbar semalam.
Bolt berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada dia mahu dibandingkan dengan Lewis atau seorang lagi legenda pecut Amerika Syarikat, Jesse Owens.
Dia melakar sejarah merangkul kejuaraan 100 dan 200m Olimpik dalam dua temasya berturut-turut, sedangkan Lewis melakukan kejayaan berganda pada 1984 tetapi gagal mengulanginya di Seoul Olimpik 1988 apabila hanya mampu meraih perak 200m.
Ditanya mengenai bahagian mana kenyataan Lewis membuatkan dia sangat marah, Bolt memberitahu: "Apabila dia menyentuh mengenai dadah.
"Bagi saya, untuk seorang atlet yang telah bersara bercakap mengenainya, ia amat mengecewakan saya. Sangat kecewa."
Bolt turut ditanya sama ada dia boleh memberi jaminan bahawa pelari-pelari Jamaica yang mengungguli ketiga-tiga pingat dalam acara 200m adalah bebas daripada masalah doping.
"Tanpa ragu-ragu. Kami berlatih dengan kuat," kata Bolt yang duduk di antara pemenang pingat perak, Yohan Blake dan pingat gangsa, Warren Weir.
Pada sidang akhbar tersebut juga, Bolt berkata, kejayaan mempertahankan kejuaraan berganda secara berturut-turut melayakkan dirinya diisytihar sebagai atlet terhebat sepanjang zaman.
Semalam, atlet berusia 25 tahun itu mempertahankan gelaran 200m dengan catatan 19.32 saat.
"Inilah sebabnya saya datang ke sini. Saya sekarang seorang legenda, atlet terhebat sepanjang zaman.
"Saya lakukan apa yang saya mahu. Saya hadir selepas mengharungi musim yang agak sukar dan saya melakukan apa yang perlu saya buat. Tiada apa lagi yang saya mahu buktikan.
"Saya telah tunjukkan kepada dunia saya yang terbaik. Ia sesuatu yang hebat.
Kami telah membuktikan bahawa Jamaica adalah negara terhebat yang melahirkan pelari pecut," kata Bolt yang mengetuai atlet Jamaica untuk menyapu bersih pingat di depan Blake dan Warren Weir. - AFP
Brazil mara ke separuh akhir Piala Konfederasi
Sepanyol juara Bawah 21 Eropah
Jordan, Uzbekistan ke playoff zon Asia
Aston Villa ikat penyerang muda Denmark
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











