ARKIB : 09/08/2012
Juara Olimpik cedera dihempap bebanan
LONDON - Matthias Steiner gagal mempertahankan kejuaraan acara angkat berat 105 kilogram Sukan Olimpik selepas bebanan yang diangkatnya terjatuh di bahu ketika beraksi dalam acara snatch, semalam.
Dalam percubaan kedua untuk mengangkat bebanan 196kg selepas selesai melakukan angkatan 192kg, jaguh Jerman itu tidak mampu menanggung beban lalu melepaskan batang besi di atas bahunya sebelum rebah. Seluruh batang besi berkenaan kemudian menghempap pahanya.
Selepas diberi rawatan oleh petugas perubatan, juara Olimpik Beijing itu kemudian berdiri dan melambai tangan ke arah penonton. Semuanya nampak baik, tetapi dia tidak dapat meneruskan pertandingan dan menarik diri daripada acara clean & jerk.
Atlet berusia 29 tahun itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, namun Ketua Kontinjen Jerman, Michael Vesper berkata, Steiner tidak mengalami kecederaan yang teruk.
“Dia okey tetapi tidak mampu untuk meneruskan pertandingan atas sebab perubatan.
“Saya tidak fikir keadaannya sangat serius tetapi doktor sedang melakukan pemeriksaan lanjut ke atasnya," kata Vesper.
Atlet Rusia, Ruslan Albegov, yang memenangi pingat gangsa berkata, kebanyakan peserta tidak sedar ketika insiden itu berlaku.
“Saya hanya nampak dari sudut mata saya ada sesuatu berlaku di podium, tetapi saya tidak fikir ia serius dan tidak terlalu mempedulikannya kerana saya sedang memberi tumpuan kepada angkatan saya selepas itu.
“Apabila saya tengok dia (Steiner) dibawa masuk ke belakang pentas dengan di kelilingi jurulatih serta doktor, baru saya sedar sesuatu yang serius berlaku.
“Saya simpati dengan kemalangan yang menimpa dirinya, saya tidak berkesempatan bercakap dengannya tetapi saya mendoakan dia sembuh dan dapat bertanding lagi,’’ ujar Albegov.
Dengan ketiadaan Steiner, pingat emas menjadi milik atlet Iran, Behdad Salimi, manakala rakan senegaranya, Sajjad Anoushiravani membawa pulang perak. - AFP
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










