ARKIB : 07/08/2012
Ross tawan 400m
LONDON - Atlet Amerika Syarikat Sanya Richards-Ross menjuarai 400 meter wanita dengan catatan 49.55 saat, sekali gus menamatkan kemarau emas 28 tahun AS dalam acara itu pada Sukan Olimpik 2012, semalam.
Penyandang juara, Christine Ohuruogu dari Great Britain menamatkan saingan di kedudukan kedua menerusi lakaran 49.70s, sementara seorang lagi pelari AS, DeeDee Trotter merangkul gangsa (49.72s).
Richards-Ross, 27, muncul warga AS pertama memenangi kejuaraan Olimpik sejak Valerie Brisco-Hooks berbuat demikian di Los Angeles pada 1984.
Dalam perlumbaan mendebarkan semalam, Richards-Ross mempamerkan larian mantap di luar selekoh sambil di saing hebat Trotter, namun Ohuruogu berjaya melakukan penyudah yang sempurna untuk berada di tangga kedua.
Bagaimanapun, tidak seperti di Beijing empat tahun lalu, bukan satu perkara mudah buat pelari Britain untuk menewaskan juara dunia 2009 itu.
Richards-Ross, yang berkahwin dengan pemain pertahanan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL), Aaron Ross mengangkat tangannya sebaik sahaja melepasi garisan penamat apabila menyedari dia berjaya melunaskan dendam ke atas musuh ketat yang menewaskannya empat tahun lalu.
Ohuruogu, yang juga juara Dunia 2007, kelihatan kebingungan sebaik sahaja menamatkan larian, namun dia tetap mengelilingi stadium sebagai penghormatan kepada para penyokong.
"Saya benar-benar terkejut. Sebenarnya saya kecewa... kehilangan kejuaraan anda seperti itu. Ia amat sengit tetapi Sanya merupakan pesaing yang layak dan dia telah melakukan larian yang cemerlang, jadi saya perlu gembira dengan apa yang saya lakukan," katanya.
Ohuruogu, yang sepatutnya menjadi pelari pertama mempertahankan emas sejak atlet Perancis, Marie Jose Perec berbuat demikian pada 1992/96 berkata, perjuangannya sia-sia apabila dia berusaha memerah tenaganya untuk sampai ke garisan penamat. - AFP
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










