ARKIB : 05/08/2012
Juara bertahan 400m tarik diri
LONDON - Atlet Amerika Syarikat, LaShawn Merritt yang menjadi pelari pilihan untuk mengekalkan pingat emas acara 400m pada Sukan Olimpik 2012, menarik diri ketika acara saringan semalam dan terhincut-hincut meninggalkan trek.
Atlet Afrika Selatan, Oscar Pistorius pula mencatat sejarah sebagai pelari kudung pertama yang menyertai acara olahraga Sukan Olimpik dan layak ke separuh akhir dengan kepantasan terbaik 45.44 saat.
Merritt, yang bergelut untuk kembali setelah bebas hukuman penggantungan akibat doping, menghentikan lariannya setakat 250 meter dalam acara saringan dan terus meninggalkan trek.
Pelari Amerika Syarikat itu layak ke London selepas muncul juara pada sesi ujian kebangsaan dengan kepantasan 44.12s, iaitu catatan terpantas di dunia musim ini.
Dia juga menarik diri pada kejohanan Liga Berlian di Monaco bulan lepas, selepas berlari hanya pada jarak 300m.
Merritt juga memberi gambaran dia mungkin tidak akan menyertai acara 4x400m berganti-ganti.
Merritt diuji positif menggunakan steroid sebanyak tiga kali pada penghujung 2009 dan digantung 21 bulan sebelum memenangi rayuan di mahkamah rayuan dan berjaya dalam usahanya mengelak daripada dilarang beraksi pada Olimpik London.
Merritt kembali dari penggantungan dengan menduduki tempat kedua pada kejohanan Dunia di Daegu.
Sementara itu, Pistorius, yang berlari menggunakan bilah fiber karbon berkata, dia akhirnya dapat merealisasikan impian selepas bergelut untuk menyakinkan pihak berkenaan supaya membenarkan dia menyertai perlumbaan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya amat gementar pagi ini. Saya tidak tahu sama ada saya perlu menangis. Ia emosi yang bercampur baur, pengalaman yang menakjubkan," katanya. - AFP
Jepun garang sebelum tewas kepada Itali
Brazil mara ke separuh akhir Piala Konfederasi
Sepanyol juara Bawah 21 Eropah
Jordan, Uzbekistan ke playoff zon Asia
Aston Villa ikat penyerang muda Denmark
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











