VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 04/08/2012

Perenang AS lebur rekod dunia

AKSI Rebecca Soni ketika bersaing dalam acara renang 200m kuak dada pada Sukan Olimpik di London, semalam. - AFP

LONDON - Perenang Amerika Syarikat, Rebecca Soni sekali lagi memperbaharui rekod dunia semalam dalam acara 200 meter kuak dada wanita untuk dia memenangi dua pingat emas dalam dua Sukan Olimpik berturut-turut.

Soni memenangi emas acara tersebut semalam dengan masa dua minit 19.59 saat, memadamkan rekod lama 2:20.00s.

Soni merupakan perenang pertama yang berjaya mempertahankan kejuaraan di London selepas meraih emas dalam acara yang sama pada Olimpik di Beijing empat tahun lalu.

"Saya tidak terlalu fokus untuk memperbaharui rekod atau pingat atau apa-apa. Saya cuma mahu berenang dalam satu lagi perlumbaan di mana saya tahu saya mampu lakukannya.

"Ini adalah kejayaan yang saya idamkan iaitu berenang di bawah 2.20s kerana jurulatih saya pernah memberitahu bahawa saya mampu menjadi wanita pertama berenang di bawah 2.19s, kini saya berjaya melakukannya.

"Semasa pertandingan saya tidak mahu membuka mata atau menoleh ke belakang kerana saya hanya mahu tangan saya menyentuh dinding dan selepas itu baru saya membuka mata. Akhirnya saya berjaya melakukannya, saya amat gembira," kata Soni.

Dedah Soni, pada perlumbaan semalam dia tidak merancang untuk menang dan tidak menyangka berjaya memecahkan rekod baru dunia.

"Saya tidak tahu bahawa saya telah melakukannya (memperbaharui rekod dunia) dan memenangi pingat emas.

"Saya dengar penyokong bersorak dan ketika itu saya tidak fikirkan apa-apa kerana saya mahu menamatkan saingan dengan menyentuh dinding.

"Saya juga takut untuk melihat ke arah jam namun ia sesuatu yang mengagumkan," kata Soni.

Sementara, pingat perak acara 200 meter kuak dada wanita diraih perenang Jepun, Satomi Suzuki dan Yuliyia Efimova dari Rusia sekadar gangsa. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.