VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 03/08/2012

Van Persie milik Juve?

Robin van Persie

LONDON - Ejen bola sepak yang berpengkalan di Milan, Fabio Parisi mengemukakan dakwaan pelik dengan mengatakan gergasi Serie A, Juventus sebenarnya sudah menandatangani kontrak dengan penyerang sensasi Arsenal, Robin van Persie 'tidak lama dulu'.

Parisi, ejen yang memiliki lesen Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan mewakili pemain pertahanan Nigeria, Tayo Taiwo memberitahu saluran Italian TV bahawa Van Persie sudah memeterai perjanjian dengan kelab Itali, dan ia adalah Juventus.

"Saya rasa, Juventus sudah pun menandatangani kontrak dengan Van Persie tidak lama dulu, mereka cuma menunggu masa untuk mendedahkannya kepada umum.

"Itu hanya pendapat saya, tetapi saya rasa peluang untuk penyerang Belanda itu menyertai Juventus adalah besar, lapan daripada 10.

"Juventus serius mahu memenangi kejuaraan musim depan dan mereka mempertimbangkan untuk menambah pemain-pemain yang ideal bagi mencapai misi tersebut.

"Saya tidak fikir Edin Dzeko (penyerang Manchester City) adalah pemain yang sesuai buat pasukan Bianconeri, sebaliknya ia adalah Van Persie," ujar Parisi.

Selain Juventus, juara Liga Perdana Inggeris, City dan pesaing utamanya, Manchester United turut menyuarakan minat untuk mendapatkan bintang penyerang Belanda berusia 28 tahun itu.

Semalam, Van Persie, yang bosan dengan status perpindahannya yang tiada kesudahan dilihat menghabiskan masa melakukan latihan kecergasan di pusat latihan Arsenal di London Colney.

Pada ketika tiada pihak tampil untuk menyokong dakwaan Parisi berhubung perpindahan Van Persie ke Juventus, perkembangan juara Serie A itu dalam pasaran pembelian pemain dilihat tidak memberangsangkan.

Tumpuan untuk membeli pemain-pemain baru sedikit terganggu ketika ini selepas pengurus mereka, Antonio Conte gagal dalam rayuannya berhubung kes mengatur perlawanan.

Rayuan Conte agar penggantungan tiga bulan yang dikenakan ke atasnya ditarik balik oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) ditolak badan itu dalam tribunal mereka semalam.

Malah, bekas kelab yang dibimbing Conte, Siena turut dipotong enam mata apabila memulakan musim baru Serie A, selain didenda 100,000 euro (RM384,000).

Conte, yang membawa Juventus merangkul kejuaraan Serie A musim lalu, didapati bersalah mengatur satu perlawanan bola sepak pada musim 2010-2011 ketika dia membimbing kelab Serie B, Siena.

Dia menafikan semua dakwaan dan merayu hukuman dibatalkan, tetapi tidak diendah FIGC - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.