ARKIB : 02/08/2012
Maiya beri Kazakhstan emas kedua angkat berat
LONDON - Maiya Maneza mengutip pingat emas kedua buat negaranya Kazakhstan menerusi acara angkat berat, selain mencatatkan rekod baru Sukan Olimpik bagi kategori 63kg wanita, semalam.
Juara dunia dari Rusia, Svetlana Tsarukaeva meraih perak manakala atlet Kanada, Christine Girard mengutip gangsa, yang juga pingat pertama negara itu bagi acara tersebut.
Sebelum ini, Zulfiya Chinshanlo menjuarai acara angkat berat kategori 53kg wanita untuk emas pertama Kazakhstan.
Maneza, 26, menduduki tempat kedua selepas mengangkat 110kg dalam acara snatch tetapi memastikan emas menjadi miliknya menerusi clean & jerk selepas mengangkat keseluruhan 245kg, memintas rekod Olimpik terdahulu dengan kelebihan tiga kilogram.
Persaingan antara Maneza dan Tsarukaeva sememangnya sudah dijangka apatah lagi apabila jaguh Rusia itu hanya mempunyai kelebihan dua kilogram berbanding Maneza menerusi acara snatch.
Perbezaan itu terlalu kecil buat Tsarukaeva kerana Maneza merupakan pencabar utama dalam acara clean & jerk.
Tsarukaeva menamatkan saingan di tempat kedua dengan keseluruhan berat 237kg. - AGENSI
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Beckham umum persaraan dengan gelaran liga 4 negara
Ivanovic wira Chelsea
Benitez disanjung
Beckham umum bersara
Playoff Chelsea, Arsenal ke Liga Juara-Juara?
Jangan ubah gaya Barca - Messi
Beckham umum persaraan
Tenis Terbuka Itali: Murray tarik diri, Nadal, Sharapova garang
Chelsea tumbangkan Benfica untuk muncul juara Liga Europa
Wigan tersingkir selepas 8 musim
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










