ARKIB : 02/08/2012
Phelps kukuh status legenda
LONDON - Michael Phelps mengukuhkan statusnya sebagai perenang legenda Olimpik dengan bantuan rakan-rakan sepasukannya semalam apabila Amerika Syarikat (AS) muncul juara acara 4x200m gaya bebas.
Kemenangan itu menambah koleksi pingat Olimpik yang dimiliki Phelps kepada 19 keseluruhan, mengatasi rekod kutipan 18 pingat oleh atlet gimnastik Rusia, Larisa Latynina.
Setelah perenang AS itu berjaya menyamai rekod Latynina dengan memenangi pingat perak acara 200m gaya kupu-kupu, Phelps bersama rakan senegaranya Ryan Lochte, Conor Dwyer dan Ricky Berens memastikan pingat emas acara tersebut.
"Saya berterima kasih kepada rakan-rakan kerana membantu saya mendapatkan kemenangan ini. Saya beritahu mereka saya mahukan jarak besar sebelum giliran dan mereka berikannya," kata Phelps.
Juara Dunia acara 200m gaya bebas, Lochte sebelum itu gagal mengutip sebarang pingat dalam acara sama di Olimpik bagaimanapun meletakkan AS di hadapan sewaktu permulaan perlumbaan.
Lochte berkata, beliau kecewa setelah gagal dalam acara tersebut tetapi ramai pihak memberikan semangat dengan berkata dirinya mampu buat lebih baik daripada itu.
"Saya bangun dari tidur keesokannya sebelum kembali menjadi diri sendiri dan berjaya membantu pasukan kami menjuarai acara 4x200m gaya bebas," jelasnya. - AFP
Positif dadah, pelari pecut Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Lorenzo juara GP Catalunya
Balotelli bantu Itali atasi Mexico
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











