VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 01/08/2012

Kepantasan ajaib perenang China diragui

AKSI Ye Shiwen ketika bersaing dalam acara 400m rampaian individu pada Sukan Olimpik 2012 di London, kelmarin. - AFP

LONDON - Seorang jurulatih terkemuka Amerika Syarikat (AS) menyifatkan kepantasan luar biasa perenang China, Ye Shiwen sebagai 'meragukan' dan membandingkan gadis berusia 16 tahun itu dengan atlet-atlet Jerman Timur yang pernah disahkan mengguna bahan rangsangan terlarang.

Pengarah eksekutif Persatuan Jurulatih-jurulatih Renang Dunia, John Leonard memberitahu akhbar The Guardian bahawa kepantasan gaya bebas yang dipamerkan Shiwen ketika menjuarai 400m rampaian individu dan memecahkan rekod dunia acara itu kelmarin, adalah sesuatu yang 'mustahil' untuk dilakukan.

Perenang remaja itu mencatat 58.68s dalam 100 meter terakhir, hanya sedikit ketinggalan berbanding bintang AS, Ryan Lochte yang merupakan pemenang lelaki bagi acara tersebut. Lebih menakjubkan, rekod masa Shiwen pada pusingan terakhir adalah lebih pantas daripada Lochte.

"Satu perkara yang saya mahu nyatakan ialah dalam sejarah sukan adakalanya persembahan luar biasa berkesudahan dengan penggunaan dadah dikesan.

"Cara dia berenang pada 100m terakhir itu mengingatkan saya perenang-perenang Jerman Timur satu ketika dulu serta perenang muda wanita Ireland dalam 400m rampaian individu sewaktu Temasya Atlanta," kata Leonard.

Leonard merujuk kepada Michelle de Bruin, yang menempah nama di Atlanta 1996 dengan kejayaan mengaut tiga emas tetapi akhirnya didapati bersalah menggunakan dadah pada 1998 dan digantung empat tahun.

Shiwen, yang persembahannya disifatkan sebagai 'gila' oleh bekas pemegang rekod dunia, Stephanie Rice, menafikan tuduhan itu.

"Tidak ada kena mengena dengan doping, pasukan China memiliki polisi ketat jadi tidak timbul masalah sedemikian," jelasnya.

Ketua suruhanjaya perubatan untuk Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Arne Ljungqvist, tampil mempertahankan Shiwen dan menyifatkan spekulasi itu sebagai menyedihkan.

"Bagi saya ia adalah sesuatu yang menyedihkan kerana satu persembahan di luar jangkaan disusuli pelbagai keraguan.

"Maksud saya, untuk menimbulkan keraguan dengan cepat apabila kamu baru menyaksikan satu persembahan luar biasa adalah bertentangan dengan daya tarikan sukan."

Pengarah pasukan renang kebangsaan AS pula membandingkan Shiwen dengan pelari pecut Jamaica, Usain Bolt, yang juga mengejutkan dunia apabila memecahkan tiga rekod dunia sekali gus pada Beijing 2008.

"Saya tidak pasti apakah yang dilakukan oleh China. Namun saya tidak fikir sesiapa dapat menjangka Usain Bolt berlari sepantas itu pada 2008. Ada masanya seseorang atlet mendapat kekuatan tambahan yang tidak diketahui sumbernya untuk mengeluarkan prestasi menjangkaui batasan sebenar," ujarnya. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.