ARKIB : 01/08/2012
Kecewa venue masih kosong
LONDON - Perdana Menteri, David Cameron berkongsi kekecewaan rakyat Britain apabila melihat kerusi kosong di venue pertandingan pada Sukan Olimpik London.
"Kita boleh melakukan lebih baik," akui Cameron kelmarin selepas penganjur temasya menjelaskan strategi mereka bagi mengisi jurang yang wujud di antara peminat sukan dan orang biasa.
Cameron dalam temu bual dengan stesen penyiar ITV berkata, pihak penganjur perlu memastikan lebih ramai pengunjung dapat menyaksikan pelbagai pertandingan dan mengurangkan bilangan kerusi kosong.
Sebelum itu Cameron mempengerusikan mesyuarat panel Olimpik dan melahirkan keyakinannya jawatankuasa penganjur kini berada di landasan yang betul untuk menyahut cabaran itu.
Dianggarkan lebih 3,000 tiket masih belum dijual Ahad lalu dan permintaan hanya mula meningkat pada hari pertandingan berlangsung, kata jurucakap jawatankuasa penganjur, Jackie Brock-Doyle ketika memberikan taklimat.
Masalah kekosongan pada kerusi di venue pertandingan mula berlaku pada minggu pertama pertandingan, yang mencacatkan sedikit perjalanan temasya setelah mendapat pujian pada upacara pembukaan oleh penduduk Britain.
Penganjur, yang berjanji kerusi di venue pertandingan akan dipenuhi oleh penonton, kemudian dikritik selepas menyekat tempat duduk utama yang tidak digunakan sepanjang upacara pembukaan hujung minggu lalu dan menegaskan, penaja tidak harus dipersalahkan.
Tempat duduk yang kosong kebanyakannya disediakan untuk para pegawai sukan serta olimpik kebangsaan, atlet, media dan juga para penaja.
Anggota tentera yang sedang dalam percutian daripada tugas, para pelajar dan guru-guru telah ditawarkan tiket, manakala penganjur berusaha keras bagi mendapatkan lebih ramai kehadiran peminat ke dalam arena.
"Kami telah berbincang dengan persekutuan antarabangsa. Semua orang melakukan apa sahaja yang termampu untuk menjual kira-kira 3,000 tiket dan semuanya telah habis dijual," kata Brock-Doyle. - AGENSI
Ancelotti angkat kaki, hangatkan spekulasi ke Real
Arsenal hampakan Tottenham
Tangisan Beckham
Federer, Nadal berentap di final Rome Masters
Beckham diberi penghormatan kemudi PSG
Atletico juara, Real lalui musim paling buruk
Hoyer Larsen dipilih sebagai presiden baharu BWF
Tenis: Djokovic tumbang, Sharapova tarik diri
Atletico julang Piala Raja Sepanyol
FA mahu Beckham kekal
Jodoh Lampard masih panjang
Mourinho gagal hadir sidang akhbar
Nadal nyaris tumbang, Serena ke suku akhir Terbuka Rome
Vieira dinamakan dalam barisan jurulatih Manchester City
Tenis Terbuka Rome: Sharapova garang ke suku akhir
Beckham umum persaraan dengan gelaran liga 4 negara
Ivanovic wira Chelsea
Benitez disanjung
Beckham umum bersara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










