ARKIB : 01/08/2012
Pelajar 15 tahun raih emas
LONDON - Ruta Meilutyte melakar sejarah muncul perenang termuda merangkul pingat emas renang Sukan Olimpik dalam tempoh 40 tahun apabila menjuarai saingan 100 meter kuak dada wanita pada usia 15 tahun, semalam.
Malah, kemenangan pelajar sekolah dari Plymouth itu turut menghadiahkan pingat pertama Lithuania dalam acara renang pada temasya sukan terbesar dunia itu.
Tambah manis lagi, Meilutyte mengetepikan cabaran juara dunia dua kali dan pilihan utama dari Amerika Syarikat, Rebecca Soni untuk muncul perenang pertama merangkul emas pada usia seawal 15 tahun selepas jaguh Australia, Shane Gould melakukannya pada Sukan Olimpik 1972.
Gadis sekolah berambut perang itu cukup beremosi ketika meraikan kejayaannya dan air mata tidak henti-henti mengalir ketika dia berada di atas podium untuk mendengarkan lagu kebangsaan negaranya dimainkan.
Meilutyte menerima tepukan gemuruh daripada penonton di Pusat Akuatik London.
"Sukar untuk mempercayainya.
"Ia merupakan pencapaian yang terlalu hebat hingga saya hilang kata-kata. Ia memberi makna amat besar bagi saya dan saya amat bangga,'' kata gadis remaja itu.
Meilutyte memulakan saingan dengan penuh yakin apabila meninggalkan pencabar lain sejak awal perlumbaan dan mencecah penamat dengan masa 1 minit, 5.47 saat, memperbaiki catatan peribadi terbaiknya 1:07.20s.
Dia mengatasi Soni dengan kelebihan 05.47s, manakala perenang Jepun, Satomi Suzuki meraih gangsa menerusi kepantasan 1:06.46s. Juara bertahan, Leisel Jones dari Australia hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Meilutyte, yang berlatih dan belajar di Kolej Plymouth di England hanya memiliki catatan peribadi sederhana 1:07.20s ketika tiba di London, justeru tiada siapa yang menyangka dia mampu melakar kejayaan besar di Olimpik.
"Kita rasa bangga kerana dia merupakan produk yang berjaya dihasilkan Lithuania,'' kata jurulatihnya, Jon Rudd.
Soni turut memuji Meilutyte dan percaya, perenang remaja itu mempunyai masa depan yang cerah. "Ia memang mengejutkan, namun selepas melihat persediaannya, saya tahu dia mampu menjadi pesaing yang hebat.
"Agak menakjubkan dapat melakukannya ketika umur baru mencecah 15 tahun,'' katanya.
Sementara itu dalam kejutan kedua yang berlaku di kolam renang semalam, jaguh Perancis, Yannick Agnel menewaskan perenang-perenang pilihan dari Amerika Syarikat untuk menjuarai acara 200m gaya bebas lelaki
Agnel, 20, yang mengetuai negaranya memenangi emas 4x100m gaya bebas kelmarin, memenangi saingan 200m individu dengan masa 1:43.14s.
Perenang China dan juara 400m gaya bebas, Sun Yang dan Park Tae-hwan dari Korea Selatan berkongsi pingat perak. Juara dunia, Ryan Lochte dari Amerika Syarikat menamatkan saingan di tangga keempat.
Amerika bagaimanapun tetap cemerlang dengan meraih dua emas. Matt Grevers merangkul emas individu pertama dalam 100m kuak lentang lelaki, manakala remaja berusia 17 tahun, Missy Franklin memberi emas kedua menerusi acara 100m kuak lentang wanita.
Amerika juga berharap Michael Phelps akan meraih emas pertama di London selepas berjaya menempatkan diri dalam perlumbaan akhir 200m kuak kupu-kupu lelaki. - AFP
Neymar ke Barcelona atau Real
Gary Bowyer kekal pengurus Blackburn Rovers
Nadal, Djokovic diramal bertembung separuh akhir Terbuka Perancis
Dua jurulatih tinggalkan Man. United
Mazzarri ganti Stramaccioni jurulatih Inter Milan
Bayern, Dortmund langsai dendam
Golf BMW: Kingston dahului hari pertama
Bale layak ganti Ronaldo - Ramos
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










