ARKIB : 01/08/2012
Missy gamit tumpuan di kolam
LONDON - Perenang remaja sensasi Amerika Syarikat, Missy Franklin menggondol emas Olimpik pertamanya dalam acara akhir 100 meter kuak lentang, semalam.
Franklin yang beraksi dalam acara separuh akhir 200 meter gaya bebas 13 minit sebelum itu, masih mempunyai tenaga simpanan untuk menewaskan pesaing dari Australia, Emily Seebohm dengan catatan 58.33 saat.
Seebohm berada di tempat kedua setelah melakar 58.68 saat, sementara perenang Jepun, Aya Terakawa memenangi gangsa.
Atlet berusia 17 tahun dari Colorado itu, beraksi dalam empat acara individu dan tiga acara berganti-ganti di London, yang sekali gus meletakkan dia sebagai perenang wanita Amerika Syarikat pertama menyertai tujuh acara di Olimpik.
"Saya melakukan apa sahaja untuk memastikan tangan saya menyentuh dinding kolam terlebih dahulu. Saya gemar menyertai acara berturut-turut, ia menyeronokkan dan ia membantu saya untuk menghilangkan perasaan gemuruh," kata Franklin, perenang muda yang semakin meningkat naik.
Sambil menunjukkan pingat emas kepada pemberita, Franklin yang ramah berkata: "Ia berlaku di sini, bukankah ia sesuatu yang indah? Akhirnya saya berjaya memenangi pingat selepas 17 tahun!."
Remaja periang itu kemudian menambah: "Saya nampak reaksi ibu bapa saya di layar gergasi dan saya mula berteriak ke arah mereka. Ini adalah hari yang paling gembira. Saya baru sahaja memenangi pingat emas Olimpik."
Sebelum acara akhir, Franklin menjangkakan yang dia bakal menerima saingan sengit daripada Seebohm.
"Saya tahu Emily Seebohm akan memberikan tentangan sengit, jadi saya sedar yang saya perlu memberikan yang terbaik untuk memenangi saingan ini," katanya. - AFP
Positif dadah, pelari pecut Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Lorenzo juara GP Catalunya
Balotelli bantu Itali atasi Mexico
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











