ARKIB : 31/07/2012
Modric jadi milik Real
BALTIMORE - Bintang tengah Croatia, Luka Modric akhirnya akan menjadi milik Real Madrid selepas Tottenham bersetuju menerima tawaran perpindahan 36 juta pound (RM178 juta) yang dikemukakan gergasi bola sepak Sepanyol itu.
Modric sebelum ini sering berkata, dia bakal menyertai skuad bimbingan Jose Mourinho tetapi masih menunggu persetujuan dicapai di antara kedua-dua kelab.
Pemain itu hampir memusnahkan peluangnya untuk berpindah ke Madrid selepas enggan menyertai jelajah pra-musim Spurs di Amerika Syarikat.
Pegawai Real bagaimanapun merayu pemain tersebut agar merendah diri dengan membuat permohonan maaf dan pulang ke London.
Biarpun pada awalnya keberatan untuk berbuat demikian, namun Modric akhirnya bersetuju kerana Mourinho mahukan khidmatnya secepat mungkin.
Persetujuan tersebut bakal menamatkan teka-teki perpindahan pemain berusia 26 tahun itu, yang turut dikaitkan dengan Chelsea setahun lalu.
Walaupun, Spurs masih berat hati untuk melepaskan Modric, tetapi pemain itu akan tetap berpindah pada musim panas ini. - AGENSI
Chelsea alu-alukan Mourinho
Moyes mahu Thiago isi tempat Scholes
Hamilton yakin sambar petak depan GP Monaco
Bekas pemain MU meninggal dunia
Dortmund lebih popular di zoo Jerman
Nicol mara ke suku akhir Terbuka Britain
Moyes Special One sebenar
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










