ARKIB : 31/07/2012
Impian Olimpik Sharapova
LONDON - Maria Sharapova mengakui kemunculan sulungnya pada Sukan Olimpik umpama mimpi menjadi kenyataan selepas pemain Rusia itu menyingkirkan pemain Israel, Shahar Peer 6-2, 6-0 dalam acara tenis di Wimbledon semalam.
Sharapova tidak beraksi di Olimpik 2008 akibat cedera bahu dan pemain No. 3 dunia itu menikmati setiap minit perlawanannya di sini selepas dia menyaksikan acara tenis dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak zaman kanak-kanak lagi.
Pemain berusia 25 tahun itu yang menjadi pembawa bendera negaranya pada majlis perasmian Jumaat lalu dan mudah mengetepikan Peer dalam perlawanan selama 65 minit aksi pusingan pertama yang dilangsungkan di dalam stadium kerana hujan.
"Ia menakjubkan kerana akhirnya saya mula beraksi pada Sukan Olimpik. Ia detik-detik yang amat bermakna buat saya.
"Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk sampai ke tahap ini (Sukan Olimpik), jadi ia amat istimewa.
"Saya memang menanti-nantikan saat ini sejak kecil lagi, jadi memang bagus apabila mencatat kemenangan pada aksi sulung saya di Sukan Olimpik.
"Saya mewakili negara saya dan beraksi di Wimbledon (semasa Sukan Olimpik) ada peluang yang unik buat semua orang. Memang terdapat banyak emosi berbeza. Saya amat bergembira," katanya.
Sharapova, yang akan menentang sama ada pemain Britain, Laura Robson atau Lucie Safarova dari Republik Czech pada pusingan 32 pemain, membida untuk melengkapkan karier dengan memenangi semua empat kejohanan major dan pingat emas acara perseorangan Olimpik. - AFP
Jordan, Uzbekistan ke playoff zon Asia
Aston Villa ikat penyerang muda Denmark
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











