ARKIB : 31/07/2012
Gimnas pilihan AS gagal ke final
LONDON - Amerika Syarikat (AS) mengatasi juara 2008, China dalam pusingan kelayakan gimnastik wanita Olimpik semalam, namun dikejutkan dengan aksi goyah gimnas harapannya, Jordyn Wieber yang gagal melayakkan diri ke peringkat akhir allround.
Wieber bertandang ke London selaku calon untuk kejuaraan individu selepas bergelar juara dunia di Tokyo tahun lalu.
Kegagalan mengejut itu bermakna dia kini hanya mampu menebusnya dengan membantu negaranya dalam acara berpasukan dan disiplin senam lantai.
Biarpun menamatkan saingan allround di tangga keempat, Wieber terpaksa melupakan hasrat untuk tampil di final kerana sesebuah negara dibenarkan hanya dua wakil pada peringkat tersebut.
Dua rakan sepasukan AS, Aly Raisman dan Gabby Douglas, masing-masing menghuni ranking kedua dan ketiga dalam saingan yang dimenangi Victoria Komova dari Rusia itu.
AS bagaimanapun mengungguli kedudukan acara berpasukan dengan skor 181.863, diekori rapat Rusia dengan jurang hanya 1.434.
China berada 3.792 mata di tangga ketiga dan Romania satu anak tangga di bawahnya. Segala kutipan mata itu bagaimanapun bakal dikembalikan kepada sifar pada final. - REUTERS
Memang patut dipecat
Real mahukan Bale
Moyes buru pemain muda Southampton
Benitez, Di Matteo calon pengurus Stoke
Andy Carroll diketepi England hadapi Ireland, Brazil
Persaraan Ferguson hangatkan penutup EPL
The Special End buat Mourinho
Napoli mahu bawa Benitez kembali ke Serie A
Moyes bersedia lepaskan Rooney
Mourinho tinggalkan Real Madrid
Ferguson dipilih pengurus terbaik
Terima kasih Ferguson!
Wenger tabik pemain, Gunners ke Liga Juara-Juara
Benitez tinggalkan skuad mantap
Barca hampiri rekod 100 mata Real
Milan layak ke playoff Liga Juara-Juara
Ancelotti mahu ke Madrid
Sang-Moon raih gelaran golf Jelajah AS
Milan lengkapkan kuota ke Liga Juara-Juara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










