VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 31/07/2012

Sepanyol terpaksa pulang awal

Pemain Sepanyol membantah keputusan pengadil dan penjaga garisan kerana tidak memberikan mereka penalti ketika menentang Honduras dalam acara bola sepak Sukan Olimpik 2012 di St. James Park, Newcastle semalam. - REUTERS

LONDON - Harapan Sepanyol untuk merangkul emas Olimpik dalam acara bola sepak lelaki bagi melengkapkan kejayaan Piala Dunia dan Euro berakhir semalam setelah kalah mengejut 0-1 kepada Honduras.

Tandukan Jerry Bengtson pada minit ketujuh, iaitu jaringan ketiganya dalam dua perlawanan sudah cukup untuk skuad La Roja pulang awal.

Sebelum ini Sepanyol tewas 0-1 kepada Jepun dalam aksi pembukaan Kumpulan D.

Perlawanan semalam berlangsung penuh tegang dengan 13 kad kuning dilayangkan yang menyaksikan percubaan penyerang Sepanyol, Iker Muniain terkena tiang dan sepak Rodrigo pula terkena palang.

Lebih perit, pengadil perlawanan Juan Soto Arevalo menafikan penalti La Roja pada babak akhir perlawanan, menyebabkan pemain Sepanyol mengerumuni pengadil dari Venezuela itu.

Jurulatih Sepanyol, Luis Milla menegaskan pasukannya kurang bernasib baik.

"Apa yang kita kurang hari ini ialah jaringan gol. Saya tidak mahu cakap banyak namun saya rasa penalti harus diberikan kepada kami,'' katanya.

Sementara itu, Brazil bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menewaskan Belarus 3-1 dengan menyaksikan Neymar mempamer aksi memukau di hadapan penyokong yang memenuhi stadium Old Trafford.

Belarus mengejutkan 66,000 penonton yang memenuhi stadium Manchester United apabila mendahului menerusi tandukan Renan Bardini Bressan pada minit kelapan.

Namun selepas jaringan itu, juara Dunia lima kali yang belum pernah memenangi emas Olimpik, Brazil mula meningkatkan asakan yang diketuai Neymar.

Dia berjaya membuat hantaran kemas yang disempurnakan penyerang AC Milan, Pato sebelum menghasilkan sepakan percuma mengkagumkan pada minit ke-65 dan menjadi perancang kepada gol ketiga yang dijaringkan Oscar. - AFP

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:15
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.