ARKIB : 30/07/2012
Brazil cemas sebelum mara
LONDON - Jaringan minit akhir Cristiane memastikan impian Brazil untuk merangkul pingat emas pertama acara bola sepak wanita Olimpik terus menyala selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas New Zealand di Cardiff, semalam.
Kejayaan meraih tiga mata itu bermakna 'ratu Samba', pemenang pingat perak pada dua kejohanan terakhir Olimpik, layak ke suku akhir hasil dua kemenangan, sebelum ini mereka menewaskan Cameroon 5-0.
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir seri tanpa jaringan, Cristiane memecah kebuntuan dengan gol tunggal empat minit sebelum permainan tamat.
Penjaga gol New Zealand, Jenny Bindon cuba menyelamatkan pintu gol dengan menumbuk keluar bola dari kawasan bahaya namun bola sampai ke kaki Cristiane sebelum dia melakukan sepakan lambung bagi menjaringkan gol kemenangan Brazil.
"New Zealand adalah sebuah pasukan yang baik dan sukar ditentang, cukup tersusun. Tiada siapa boleh mengatakan perlawanan di Sukan Olimpik adalah sesuatu yang mudah, " kata Cristiane.
Sementara itu, Jepun yang mahu menambah koleksi memenangi pingat emas Sukan Olimpik selepas memenangi Piala Dunia Wanita tahun lalu, diikat oleh Sweden tanpa jaringan.
Kedua-dua pasukan itu sebelum ini menang dalam perlawanan pertama dengan Jepun mengalahkan Kanada 2-1 sementara Sweden menewaskan Afrika Selatan 4-1.
Kegagalan pasukannya mencatat kemenangan jelas menghampakan ketua pasukan Jepun, Aya Miyama yang berkata: "Kami tidak begitu gembira. Kami mahu mendapatkan pingat emas dan memenangi semua perlawanan, jadi kami amat kecewa."
Namun tuan rumah, Great Britain tidak berdepan masalah besar menundukkan Cameroon 3-0 dan juara bertahan Amerika Syarikat juga mencatatkan angka jaringan yang sama ketika mengalahkan Colombia.
Megan Rapinoe memberikan Amerika gol pendahuluan pada separuh masa pertama sebelum dua gol dalam masa tiga minit pada babak kedua daripada Abby Wambach dan Carli Lloyd memastikan kemenangan mutlak buat Amerika. - AFP
Positif dadah: Pelari Jamaica dilarang sertai kejohanan
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Iran, Korea layak ke Piala Dunia tahun depan
Australia iringi Jepun ke Brazil
Brazil ketepi dendam jumpa Mexico
Guardiola sesuai untuk generasi baru Bayern
Koscielny setia bersama Arsenal tolak Barca, Bayern
Korea Selatan, Iran layak ke Piala Dunia 2014
Australia layak ke Piala Dunia 2014
Tulisan tangan Fergie dilelong
Nigeria belasah Tahiti 6-1
Balotelli julang Itali
Del Bosque gesa Sepanyol ledak lebih banyak gol
Korea perlu seri untuk layak
Rose juara penuh emosi
Sepanyol kalahkan Uruguay 2-1
Habsyah ketuai kemaraan ke playoff Piala Dunia
Lorenzo juara GP Catalunya
Balotelli bantu Itali atasi Mexico
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||











